Pilihanraya Umum Singapura telah diadakan pada 10 Julai 2020 di bawah bayangan pandemik COVID-19, dengan keputusannya menyaksikan parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berkuasa sejak tahun 1959 (iaitu sebelum negara Singapura mencapai kemerdekaan) masih menguasai majoriti selesa dalam Parlimen Singapura, tetapi sokongan pengundi kepada PAP telah merosot secara signifikan dengan parti pembangkang telah memperoleh … Continue reading Pilihanraya Singapura: PAP kekal berkuasa tapi sokongan merosot
Agenda 10-Perkara untuk Negara-negara Selatan Global pasca COVID-19
Dunia kita sedang menghadapi krisis yang mendalam dengan penularan pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi di peringkat global. Negera-negara Selatan Global, yang kebanyakannya merupakan negara-negara sedang membangun, menerima impak yang besar akibat daripada krisis global ini. Oleh yang demikian, Tricontinental: Institute for Social Research telah membangunkan satu agenda 10-perkara untuk dunia pasca COVID-19. Agenda ini boleh menjadi … Continue reading Agenda 10-Perkara untuk Negara-negara Selatan Global pasca COVID-19
Pameran online poster anti-imperialis (Siri 1) – KAPITALISME
Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah melancarkan Siri Pameran Poster Anti-Imperialis secara atas talian. (Baca Deklarasi Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa di sini.) Siri pertama untuk pameran poster atas talian ini bermula pada 11 Jun 2020. Dalam siri yang bertemakan “Kapitalisme” ini, dipamerkan poster-poster yang direkacipta oleh 77 orang artis … Continue reading Pameran online poster anti-imperialis (Siri 1) – KAPITALISME
Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah
Gelombang protes yang dicetuskan oleh kematian George Floyd, bermula sebagai aksi bantahan tempatan di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), tetapi merebak ke seluruh negara AS dengan pantasnya dan turut mencetuskan protes solidariti yang menyatakan sokongan kepada gerakan Black Lives Matter (Nyawa Orang Kulit Hitam Penting) di suluruh dunia. Aksi-aksi protes ini … Continue reading Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah
AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme
Kematian seorang warga Amerika Afrika, George Floyd, selepas dilayan secara keras oleh pegawai polis di bandar Minneapolis pada 25 Mei 2020, mencetuskan gelombang protes besar-besaran terbaru, bermula dari kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul, negeri Minnesota, dan kemudiannya merebak ke seluruh negara Amerika Syarikat (AS). Protes turut tercetus di banyak tempat di seluruh dunia, sebagai solidariti kepada … Continue reading AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme
Aktivis Thailand diculik di Kemboja
Wanchalearm Satsaksit, seorang aktivis politik dari Thailand yang tinggal di Kemboja, telah diculik oleh sekumpulan lelaki yang bersenjata pada 4 Jun 2020. Kejadian penculikan Wanchalearm Satsaksit itu berlaku di hadapan pangsapuri yang dihuninya di Phnom Penh, ibu negara Kemboja. Wanchalearm Satsaksit telah diheret ke dalam sebuah kereta hitam, dan tiada berita tentangnya sejak itu. Wanchalearm … Continue reading Aktivis Thailand diculik di Kemboja
“Aku tak dapat bernafas” lagi: Rasisme dan keganasan polis cetus rusuhan di Minneapolis
“Aku tak dapat bernafas!” (I can’t breathe!) Ini ialah kata-kata oleh Eric Garner, seorang warga Amerika Afrika yang menjadi mangsa keganasan polis yang mati di Staten Island, New York, pada tahun 2014. Selepas enam tahun, kata-kata yang sama keluar daripada mulut seorang lagi warga Amerika Afrika, George Floyd, sebelum dia meninggal dunia akibat dilayan secara … Continue reading “Aku tak dapat bernafas” lagi: Rasisme dan keganasan polis cetus rusuhan di Minneapolis
Hong Kong: Undang-undang keselamatan negara baru cetus semula gelombang protes
Pada tahun 2003, ketika dilanda penularan wabak koronavirus SARS, Kerajaan Hong Kong mengemukakan Rang Undang-undang Keselamatan Negara di dalam Dewan Perundangan (LegCo) Hong Kong, tetapi terpaksa menarik keputusan untuk meluluskan rang undang-undang yang dianggap menghakis autonomi bandaraya Hong Kong dan mencabul hak asasi manusia tersebut setelah tercetusnya protes besar-besaran pada 1 Julai 2003, iaitu … Continue reading Hong Kong: Undang-undang keselamatan negara baru cetus semula gelombang protes
Kenapa AS begitu celaru dalam menangani COVID-19?
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Cara Amerika Syarikat (AS) menangani wabak COVID-19 yang sangat tidak berkesan boleh menjadi agak membimbangkan, kerana adalah semakin jelas bahawa ia tidak terbatas pada Presiden AS dan pasukan di sekelilingnya. Imej-imej dari Michigan dan negeri-negeri yang lain di AS di mana rakyat biasa menuntut hak mereka untuk berhimpun dalam kumpulan besar, … Continue reading Kenapa AS begitu celaru dalam menangani COVID-19?
Indonesia: Aktivis pendukung perjuangan Papua akhirnya dibebaskan dari penjara
Surya Anta Ginting, seorang aktivis Indonesia yang giat mendukung perjuangan rakyat Papua Barat untuk menentukan nasib sendiri, telah dibebaskan dari penjara Salemba di Jakarta Pusat pada 26 Mei 2020, bersama-sama dengan 3 orang lagi tahanan politik dari Papua Barat, iaitu Ambrosius Mulait, Charles Kossay, dan Dano Tabuni. Seorang lagi tahanan politik, Arina Elopere yang ditahan di … Continue reading Indonesia: Aktivis pendukung perjuangan Papua akhirnya dibebaskan dari penjara
