Imbas kembali beberapa peristiwa pergolakan masyarakat dan perjuangan rakyat yang penting di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2023.
“Kepung demi Palestin”: Aktivis Malaysia bantah pembantaian Gaza
Aksi solidariti “Kepung Demi Palestin” selama 5 hari, dari 26 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023, di hadapan Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur, untuk menyatakan bantahan keras rakyat Malaysia terhadap pembantaian Gaza oleh rejim Zionis Israel yang mendapat sokongan daripada kuasa imperialis AS, dan menuntut gencatan senjata serta-merta di Gaza.
75 tahun Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat: Impian yang belum tercapai
Sejarah masyarakat selama ini telah mengajar kita bahawa usaha menegakkan hak asasi manusia merupakan satu proses yang berterusan dan harus diteruskan lagi. Visi untuk sebuah masyarakat di mana seluruh rakyat menikmati hak asasi manusia secara sama rata, masih merupakan matlamat yang relevan pada hari ini tetapi masih belum tercapai.
Pembantaian Gaza: Israel terus zalimi rakyat Palestin
Peperangan yang berlaku di Gaza dan penindasan yang berterusan di Tebing Gaza sekarang ini, bukannya untuk menewaskan Hamas seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan Israel, tetapi sebenarnya untuk menghapuskan bangsa Palestin di bumi Palestin.
Palestin: Perjuangan pembebasan nasional yang penuh dengan cabaran
Perjuangan rakyat Palestin ialah perjuangan pembebasan nasional untuk rakyat Palestin menentukan nasib mereka sendiri, termasuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan bebas daripada cengkaman mana-mana kuasa besar dunia. Perjuangan rakyat Palestin ialah barisan hadapan perjuangan gerakan anti-imperialis di dunia.
Kenyataan solidariti bersama Palestin dan kecaman terhadap serangan penghapusan oleh Zionis di Gaza
Kenyataan solidariti untuk Palestin yang dikeluarkan oleh Sekolah Merdeka.
Satu lagi perjanjian perdagangan sedang dirangka secara rahsia
Sekali lagi, kerajaan Malaysia telah menyertai satu lagi perjanjian perdagangan yang dirundingkan secara rahsia.
Surat dari Johannesburg: Sosialisme ialah keperluan yang boleh dicapai
Membina sosialis bukannya satu proses yang linear mahupun satu proses yang boleh ditiru dan dihasilkan semula. Sebaliknya, ia merupakan satu proses yang berpanjangan dan bersejarah yang semestinya berhadapan dengan kemunduran dan kemajuan.
PSM turut serta dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza
Ahli-ahli PSM turut mengambil bahagian dalam aksi Himpunan Solidariti Bersama Gaza dengan seruan tegas untuk menamatkan pendudukan Israel ke atas bumi Palestin dan menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk bebas daripada penindasan rejim Zionis Israel.
Solidariti dengan perjuangan rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri
PSM menegaskan sekali lagi solidariti kami dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk menentukan nasib sendiri.
