Rencana ini diterjemah daripada tulisan asal dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan dalam laman sesawang Dilemmas of Humanity.
==========
Dari 14 hingga 18 Oktober 2023, 500 orang anggota dan pemimpin gerakan sosial, parti politik dan kesatuan sekerja dari lebih 130 buah organisasi dan 75 buah negara berhimpun di Johannesburg, Afrika Selatan, untuk merangka jalan keluar daripada malapetaka kapitalisme. Persidangan Antarabangsa Dilema Kemanusiaan (Dilemmas of Humanity) merupakan sebahagian daripada proses meluas yang merangkumi persidangan serantau dan 260 buah organisasi yang mengambil bahagian dari 51 buah negara. Dari ruang inilah, kita mengisytihar keperluan mendesak untuk mengatasi kesusahan kita pada masa kini untuk membina sosialisme sekarang.
Kapitalisme sedang berada dalam keadaan krisis kerana ia merupakan sebuah sistem sosial yang mencipta kedua-dua kekayaan besar dan ketidaksamarataan besar. Ia memperluaskan kuasa sosial buruh dan mengurangkan keupayaan massa rakyat untuk menikmati hasil kerja mereka. Pada masa yang sama, kapitalisme mengekstrak kekayaan daripada alam semula jadi tanpa mengambil berat tentang kemusnahan yang berlaku ke atas planet ini. Ketidaksamarataan sosial dan malapetaka alam sekitar yang hebat mempunyai penyelesaian yang berkemungkinan. Namun, kuasa-kuasa imperialis – yang enggan mengakui penguasaan mereka sedang merosot – menggunakan kuasa ketenteraan untuk mengekalkan kedudukan kuasa mereka secara paksa. Mereka lebih suka memusnahkan dunia untuk mengekalkan keuntungan dan kekuasaan mereka bukannya untuk kemanusiaan.
Perubahan pesat sedang berlaku di dunia. Imperialisme yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) mendapati dirinya dicabar di seluruh dunia oleh rakyat yang tidak lagi ingin menunduk kepada kemusnahan ekonomi dengan model penjimatan-hutang dan menyerah kepada perang ekonomi dan ketenteraan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap apa yang dianggap sebagai “pesaing”nya. Negara-negara ketenteraan Barat membelanjakan bertrilion-trilion dolar ke atas senjata, membina pangkalan-pangkalan tentera di atas tanah kita dan menggunakan senjata maut mereka untuk mengintimidasi rakyat dunia serta untuk memusnahkan proses-proses negara yang cuba memenangi dan mengekalkan kedaulatan mereka. Mereka mahukan perang dan mereka sedang bersiap sedia untuknya, menggunakan NATO dan pakatan yang serupa untuk membawa konflik keganasan ke setiap sudut dunia. Kita mahukan keamanan dan pembangunan. Kita berikrar untuk menajamkan pertempuran idea kita dalam menentang pembohongan dan kenyataan separuh benar yang berterusan; kita berikrar untuk membina perjuangan rakyat untuk mengatasi kedahagaan imperialisme terhadap keuntungan dan peperangan.
Membina sosialis bukannya satu proses yang linear mahupun satu proses yang boleh ditiru dan dihasilkan semula. Sebaliknya, ia merupakan satu proses yang berpanjangan dan bersejarah yang semestinya berhadapan dengan kemunduran dan kemajuan. Pengalaman-pengalaman dalam pembinaan sosialis menunjukkan bahawa sosialisme ialah realiti pada ketika kita sekarang dalam sejarah dan bukannya titik akhir yang jauh.
Perjuangan kita untuk sosialisme harus berakar umbi dalam analisis konkrit terhadap setiap realiti tertentu dan kreativiti setiap proses. Asas sosialisme adalah dibina dalam tindakan-tindakan harian dan usaha-usaha yang mencari penyelesaian untuk isu-isu yang dicipta oleh kapitalisme, sementara juga mewujudkan kesedaran baharu dan membina organisasi kelas pekerja.
Perjuangan yang menangani keperluan yang asas dan konkrit adalah penting untuk bergerak maju menuju sosialisme. Dalam menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh krisis kapitalisme sekarang ini, penyelesaian sebenar sedang muncul dalam kalangan kelas pekerja di seluruh dunia. Mesejnya adalah jelas: kelas pekerja, tulang belakang masyarakat, ialah satu-satunya kumpulan yang mampu membentuk visi untuk sebuah dunia masa hadapan yang layak untuk manusia, berasaskan nilai-nilai solidariti, keadilan, rasa hormat dan sayang pada orang lain, serta prihatin pada alam sekitar.
Demokrasi, kedaulatan negara dan penentuan nasib sendiri merupakan laluan yang perlu untuk sosialisme dan hanya boleh dicapai sepenuhnya di bawah syarat-syarat sosialisme. Salah satu halangan yang paling teruk untuk sosialisme ialah kewujudan susunan unipolar yang dipimpin oleh imperialisme AS, maka penghapusannya ialah hakikat perjuangan kita. Lanskap geopolitik yang sedang berubah dan kemunculan susunan multipolar menawarkan satu peluang kepada kita untuk memajukan agenda progresif. Ini, bagaimanapun, bergantung pada massa yang terlibat secara politik dalam membina proses demokratik dan sosialis di dalam negara-negara kita sendiri.
Mencabar imperialisme memerlukan strategi komprehensif yang berhubung kait dengan realiti setiap benua dan berakar umbi dalam projek revolusioner. Projek-projek integrasi serantau, usaha-usaha solidariti, resolusi-resolusi progresif dalam institusi-institusi multilateral, dan mobilisasi massa, semuanya merupakan unsur-unsur bagi sebuah strategi anti-imperialis. Pakatan taktikal yang berfungsi untuk melemahkan imperialisme, pada masa yang sama juga membina sebuah jalan menuju transformasi sosialis, harus diteruskan. Gerakan-gerakan progresif di merata tempat harus mengamalkan komitment yang tidak berbelah bahagi untuk bersolidariti dengan perjuangan-perjuangan rakyat menentang campur tangan dan pendudukan, mempertahankan hak untuk penentangan dan penentuan nasib sendiri bagi semua bangsa di dunia.
Kapitalisme harus diatasi, dan kita harus berani melibatkan diri dalam pembinaan sosiaisme hari ini. Pembinaan ini akan memerlukan perpaduan kelas pekerja dan petani, serta semua rakyat tertindas, perpaduan yang dibina melalui kejelasan dan keyakinan rakyat yang meningkat melalui organisasi-organisasi mereka di dalam negara dan rantau mereka sendiri. Golongan anak muda dan wanita bukan sahaja perlu mengambil bahagian tetapi memimpin usaha dan perjuangan dalam semua sektor dan di setiap peringkat. Kita mengakui cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kelas pekerja dan petani, serta semua rakyat tertindas, untuk membina organisasi-organisasi mereka pada masa dengan ketidaktentuan yang lebih besar dalam tempat kerja, dan pengatoman dan pengasingan dalam masyarakat. Kita percaya bahawa gerakan-gerakan yang merupakan sebahagian daripada proses Dilema Kemanusiaan ini telah menunjukkan jalan untuk membina perpaduan ini melalui sekurang-kurangnya empat tonggak pembinaan sosialis:
1. Bantuan pelegaan. Pada zaman penjimatan, organisasi-organisasi kita komited untuk berjuang demi mengatasi halangan yang dihadapi oleh rakyat kita untuk menjalani kehidupan yang bermaruah, halangan seperti kelaparan dan buta hutuf. Kita komited untuk membina proses bantuan pelegaan yang berakar umbi dalam kelas pekerja dan petani, serta semua rakyat tertindas.
2. Menyusun semula kelas pekerja. Apabila kapitalisme yang ganas menyerang kesatuan-kesatuan di kilang-kilang dan lapangan, mewujudkan sususnan kerja yang berasaskan ketidaktentuan, kita aka berjuang untuk menyusun semula kelas dengan membina kekuatan melalui agitasi, Pendidikan dan mobilisasi dalam kesatuan-kesatuan dan organisasi-organisasi petani serta organisasi-organisasi rakyat yang lain. Pembinaan koperasi-koperasi dan komun-komun yang menyatukan rakyat untuk membina keupayaan kita sendiri demi memulakan perjalanan menuju sosialisme sekarang juga merupakan inisiatif-inisiatif yang utama.
3. Menyelamatkan Kehidupan Kolektif. Kuasa fasis dan fundamentalis mengakar diri mereka dalam kehidupan kelas pekerja dan petani, membina proses sosial yang membina kehidupan kolektif untuk rakyat menentang pengatoman dan pengasingan daripada kapitalisme yang ganas. Gerakan-gerakan kita berjuang untuk menyelamatkan kehidupan kolektif bukan Sahaja daripada pengasingan kapitalisme tetapi juga daripada cubaan kolektiviti toksik yang dihasilkan oleh kuasa fasis dan fundamentalis.
4. Membina semula Budaya Perjuangan. Ketidaktentuan dalam ekonomi, hutang isi rumah yang besar yang dikenakan ke atas rakyat, serangan terhadap organisasi-organisasi pekerja dan petani, dan faktor-faktor lain telah membawa kepada kelemahan dalam keupayaan kita untuk berjuang. Kita sedang dalam proses untuk membina semula budaya perjuangan, termasuk perjuangan internasionalis untuk solidariti materi dan ideologi.
Persidangan Dilema Kemanusiaan mewakili satu langkah besar ke hadapan dalam perjuangan revolusioner kelas pekerja dan petani. Proses ini menimbulkan perdebatan kritikal dan menyalakan harapan serta komitmen menuju ke arah membina sebuah dunia yang lebih baik. Benih-benih sosialisme telah ditanam oleh kuasa-kuasa progresif yang berhimpun dalam proses kita ini. Kita komited untuk memelihara benih-benih ini dan terus memperkukuhkan organisasi-organisasi dan instrumen-instrumen kelas pekerja dengan meneruskan kerja yang telah berlaku di sini dalam organisasi-organisasi dan di dalam setiap negara yang diwakili di sini.
==========
Persidangan Antarabangsa Dilema Kemanusiaan yang diadakan pada 14-18 Oktober 2023 di Johannesburg, Afrika Selatan, turut dihadiri oleh Dr. Jeyakumar Devaraj selaku Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parames Elumalai yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat PSM.