oleh Penah Merah Lenin Bumi bergegar, rumahku dibakar, Kampungku hancur, kebebasanku ditegar, Akanku melangkah, biar sukar, Perjuangan kemerdekaanku, masih mekar. Api dipotong, air dikunci, Wang dijunjung, majikanku keji, Aku sabar, hatiku suci, Kini Tercetus sudah, api panji. Upah sekupang, peluh sebaldi, Lawan sekarang, bila lagi, Kaum buruh, hancur rantai gari, Kemerdekaan adalah realiti.
Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak
oleh Raveen Veerasenan Pada 14 Julai 2020, kami sekumpulan melawati beberapa keluarga pelarian Rohingya di Tanjung Piandang (sebuah mukim di Daerah Kerian, Perak) untuk menyerahkan bantuan kewangan dan makanan kepada mereka yang tinggal di sebuah kampung di mukim tersebut. Kami tiba di kampung tersebut pada pukul 11.15 pagi dan ditemui oleh Encik Suliman, seorang warga … Continue reading Catatan lawatan ke komuniti Rohingya di Tanjong Piandang, Perak
Kenapa PPSMI memudaratkan negara?
oleh Sharan Raj Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan mengagung-agungkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah merupakan sebuah pemikiran yang diterapkan sejak zaman penjajahan dan memudaratkan negara. Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda merupakan “bahasa minda” mutlak di luar Bangsar, Mont Kiara, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Selatan, Kuching dan Kota Kinabalu. Bahasa … Continue reading Kenapa PPSMI memudaratkan negara?
Pelarian perlu rumah untuk duduk sementara, bukan kem tahanan
oleh Letchimi Devi Banyak keluarga dan individu dalam kalangan komuniti pelarian (pencari suaka), terutamanya mereka yang beretnik Rohingya, telah dihalau keluar dari rumah sewa mereka. Dianggarkan lebih daripada 50 keluarga di kawasan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Selangor menghadapi masalah ini atas dua sebab utama, iaitu: (i) tidak mampu membayar sewa rumah selama 3-4 … Continue reading Pelarian perlu rumah untuk duduk sementara, bukan kem tahanan
Imbas kembali Program Transformasi Ekonomi (ETP): Dasar Neoliberal Malaysia
oleh Sharan Raj Pada 21 September 2010, Najib Razak selaku Perdana Menteri pada ketika itu telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai salah satu dasar untuk memacu negara kita menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, iaitu tahun ini. Ramai ahli politik dan penganalisis pada masa itu telah menyifatkan ETP sebagai “dasar publisiti Najib”. Namun, … Continue reading Imbas kembali Program Transformasi Ekonomi (ETP): Dasar Neoliberal Malaysia
Pastikan majikan pekerja migran patuhi undang-undang dalam perang terhadap COVID-19
oleh Cecilia Anthonysamy Alasan utama pekerja migran tanpa dokumen ditangkap, yang diberikan oleh kerajaan pada masa kita sibuk berperang menumpaskan penularan COVID-19 adalah disebabkan oleh posisi sebegini: “Kerajaan perlu menegakkan kedaulatan undang-undang dan tidak boleh membiarkan warga asing memasuki negara ini secara haram ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.” (Petikan daripada laporan portal berita Malaysiakini, 24 Mei 2020). Migran menjadi tidak … Continue reading Pastikan majikan pekerja migran patuhi undang-undang dalam perang terhadap COVID-19
Melawan koronavirus dengan Tamadun Ekologi Sosial
oleh Mansurni Abadi Rasa-rasanya sekarang ini susah bagi kita untuk tak bisa lepas dari apapun hal tentang COVID-19, karena setiap media selalu memberitakan kondisi dunia yang terjejas akibat koronavirus sebagai penyebabnya. Masalah pandemi ini tak lagi menjadi masalah kesihatan sahaja tetapi juga telah menjadi masalah sosial, telahpun kita ketahui dan kenal pasti tingkat rasisme juga meningkat … Continue reading Melawan koronavirus dengan Tamadun Ekologi Sosial
Penternak jadi mangsa kepada pembangunan yang abaikan kesejahteraan rakyat marhaen
oleh Gandi CF Sejak kebelakangan ini, timbulnya banyak isu berkaitan dengan penternak dan petani, terutamanya isu pengusiran paksa. Beberapa bulan yang lepas, pihak pengurusan syarikat Sime Darby telah mengeluarkan notis pengusiran paksa kepada semua penternak yang mengusahakan penternakan lembu dan kambing di ladang-ladang Sime Darby, dan kelmarin pula satu kandang di Bukit Tinggi, Selangor, telah … Continue reading Penternak jadi mangsa kepada pembangunan yang abaikan kesejahteraan rakyat marhaen
Sebuah catatan untuk anak muda yang ingin berkuasa
oleh Mansurni Abadi Dalam Kecoh Fest kelmarin ada fakta menarik yang saya dapatkan daripada kondisi mahasiswa Malaysia saat ini dan fenomena ini pun ada di negara saya, di sini saya tidak mahu memandang aktivisme mahasiswa Indonesia sebagai contoh ideal bagi aktivisme mahasiswa Malaysia kerana saya mahu aktivism mahasiswa di negara ini memiliki corak yang berbeza daripada negara jirannya. Kembali kepada fenomena, saya … Continue reading Sebuah catatan untuk anak muda yang ingin berkuasa
Benih perpaduan
oleh Ramlan bin Ramli Bandar Country Homes, Rawang Sebuah negara bangsa memerlukan asas yang kukuh untuk merealisasikan konsep bangsa. Biasanya asas yang digunakan ialah sejarah. Ada negara yang memang hanya ada satu bangsa seperti Jepun. Ada juga negara yang berjaya meredam isu bangsa sehingga mampu menyatukan kepelbagaian dalam wadah nasionalisme seperti Indonesia dan Thailand. Sekiranya … Continue reading Benih perpaduan