4 orang pengawal keselamatan di Hospital Ipoh yang dibuang kerja hanya kerana mereka menuntut bayaran gaji yang sepatutnya menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengarahkan kontraktor lantikannya untuk memulihkan kerja mereka.
Usaha jana dana kerajaan untuk tingkatkan perlindungan sosial
Adalah penting untuk negara Malaysia melaksanakan pendekatan “gaji sosial” di mana sebahagian daripada keperluan asas disubsidi oleh kerajaan (kesihatan, perumahan, pendidikan, pengangkutan awam) dan satu sistem jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh (termasuk pencen warga emas) diwujudkan demi kesejahteraan rakyat biasa di negara kita.
Cadangan mengenai pelaksanaan cukai penggunaan
PSM mengemukakan cadangan mengenai pendekatan baharu dalam pelaksanaan cukai penggunaan untuk menambahkan hasil pendapatan kerajaan.
Pekerja Hospital Ipoh menang balik wang gaji yang tidak dibayar
4 orang pekerja kawalan keselamatan menang tuntutan mereka di Mahkamah Buruh Ipoh untuk gaji yang tidak dibayar mengikut kadar gaji minimum dengan betul dan perbezaan dalam kiraan bayaran kerja lebih masa (OT).
“Tak mahu berpindah sekali lagi!” – Bekas pekerja Ladang Glenmarie gesa Kerajaan Negeri Selangor mulakan perbincangan pemberian hak milik kekal
Bekas pekerja Ladang Glenmarie menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya memulakan proses perbincangan mengenai pemberian hak milik kekal bagi rumah yang dihuni mereka dan mengelakkan daripada perpindahan sekali lagi.
Kerajaan Negeri Selangor harus nyatakan pendiriannya dalam isu projek PJD Link
Kerajaan Negeri Selangor harus nyatakan pendirian mereka dalam isu projek pembinaan PJD Link.
Banjir sering berlaku kerana pembinaan EKVE– penduduk kampung Felcra Semungkis tuntut pampasan dan penyelesaian
Penduduk-penduduk dari kawasan perkampungan di Jalan Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor, mengadakan aksi protes di hadapan ibu pejabat Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), syarikat induk kepada kepada pemaju Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE), untuk mengetengahkan masalah banjir yang sering berlaku sejak bermulanya pembinaan lebuh raya EKVE pada tahun 2017.
Perlunya perubahan dasar dan undang-undang untuk mantapkan pengurusan hutan di Malaysia
Sesi perbincangan meja bulat untuk membincangkan langkah-langkah untuk penambahbaikan urus tadbir dan pengurusan hutan negara.
Sediakan bas percuma untuk keluarga B40 – Seruan penduduk Pangsapuri Sunway Sinar yang tunggu lebih 16 tahun untuk perkhidmatan bas
Penduduk-pendudukdari Pangsapuri Sunway Sinar, Sunway Kayangan, Shah Alam, Selangor, menyerahkan satu memorandum kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan seruan supaya Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penduduk-penduduk di situ yang kebanyakannya daripada golongan berpendapatan rendah B40.
Menteri berdolak-dalik dan tidak serius dalam selesaikan isu perumahan 5 ladang di Selangor
Jawapan yang diberikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan terhadap soalan mengenai peruntukan bajet untuk pembinaan rumah bagi pekerja-pekerja di 5 buah ladang itu adalah tidak fokus dan tidak bertanggungjawab.
