PSM parti pertama semua calonnya isytihar harta

Parti Sosialis Malaysia (PSM) merupakan parti politik yang pertama di Malaysia di mana semua calonnya yang bertanding dalam pilihanraya mengisytihar harta. PSM mula mengambil bahagian dalam Pilihanraya Umum 1999. Sejak itu, semua calon PSM yang bertanding dalam pilihanraya akan mengisytihar harta. PSM juga menjadi parti politik yang pertama di Malaysia di mana wakil rakyatnya (ahli … Continue reading PSM parti pertama semua calonnya isytihar harta

PSM memperjuangkan isu rakyat

Sejak penubuhan pada tahun 1998, Parti Sosialis Malaysia (PSM) terlibat dalam pelbagai perjuangan di peringkat kawasan tempatan dan juga nasional, termasuk melawan pengusiran paksa, memperjuangkan hak perumahan, menuntut pelaksanaan akta gaji minimum, membantah cukai GST, menentang penswastaan hospital, menuntut penubuhan tabung pemberhentian kerja, menuntut pemulihan pilihanraya tempatan, menegakkan hak asasi rakyat dan sebagainya. Penglibatan PSM … Continue reading PSM memperjuangkan isu rakyat

Mahathir suruh jangan minta gaji lebih?

“Negara kaya seharusnya mempunyai rakyat yang punya kuasa beli yang meningkat, bukan hanya kadar gaji atau upah yang tinggi.” Ini adalah yang dikatakan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Ogos 2018 semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri. (rujukan berita: Negara kaya punya daya beli tinggi, bukan upah - Dr Mahathir ) Kenyataan ini … Continue reading Mahathir suruh jangan minta gaji lebih?

Penghormatan kepada Samir Amin (1931-2018)

Tokoh pemikir kiri Samir Amin telah meninggal dunia pada 12 Ogos 2018 di Paris, Perancis. Samir Amin merupakan seorang ahli ekonomi, aktivis dan pemikir Marxis yang terkenal di dunia. Samir lahir di Mesir dan belajar di Perancis pada tahun 1947-1957. Samir pernah menyertai Parti Komunis Perancis, tetapi kemudiannya beliau menjarakkan diri daripada fahaman “Marxisme” yang … Continue reading Penghormatan kepada Samir Amin (1931-2018)

Batal Projek Lebuhraya PIL1 sekarang!

Lebuhraya tidak bawa kita ke mana-mana Batal PIL1 sekarang! (Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Choo Chon Kai, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, pada 7 Ogos 2018) 1. Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya membatalkan cadangan untuk Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL1). Ini kerana pembinaan lebuhraya dengan 6 … Continue reading Batal Projek Lebuhraya PIL1 sekarang!

Kisah seorang pekerja pembersihan di sekolah kerajaan

Saroja bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah sekolah kebangsaan. Dia diupah oleh sebuah syarikat yang mendapat kontrak perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan sekolah daripada Kementerian Pendidikan. Saroja telah bekerja di sekolah ini selama 5 tahun. Sebelum ini, dia bekerja untuk selama 10 tahun di bawah syarikat kontraktor perkhidmatan kebersihan yang berlainan, sehingga kontrak perkhidmatan kebersihan … Continue reading Kisah seorang pekerja pembersihan di sekolah kerajaan

Kisah seorang pengawal keselamatan di sekolah kerajaan

Shazni ialah seorang pekerja kawalan keselamatan yang bekerja di sebuah sekolah kebangsaan untuk selama 10 tahun. Gaji sebulannya lebih kurang RM 1,800. Dia bekerja 12 jam sehari, dan 7 hari seminggu. Jika Shazni mahu berehat untuk satu hari, dia perlu mencari seorang pengganti dengan membayarnya RM 50 sehari. Shazni tidak diupah terus oleh kerajaan walaupun … Continue reading Kisah seorang pengawal keselamatan di sekolah kerajaan

Pekerja suka kerja OT?

Tahukah anda berapa jam kerja lebih masa (OT) dibenarkan dalam sehari? Mengikut Seksyen 60A(3)(b) Akta Kerja 1955, “kerja lebih masa” (OT) ditakrif sebagai jumlah jam berlebihan selepas waktu kerja biasa dalam sehari. Mengikut Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980, seseorang pekerja dibenarkan membuat kerja lebih masa sehingga 104 jam dalam mana-mana satu bulan. Maksudnya … Continue reading Pekerja suka kerja OT?

(Cerpen) Hari itu hari Rabu

sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar Kerajaan kleptokrat masih mendabik dada mengagumi kehebatan mereka. Jutaan ringgit ditaburkan kepada rakyat untuk memastikan mereka kekal diberi mandat untuk mentadbir. Bukan itu sahaja, kempen politik kebencian turut diadakan. Pelbagai isu sensitif ditiupkan termasuklah berkaitan perkauman, keagamaan dan lain-lain lagi. Kesemua parti lawan menjadi mangsa kerajaan kleptokrat. Gabungan … Continue reading (Cerpen) Hari itu hari Rabu