153699256195_20180916

Syarikat pembuat kereta Korea Selatan SsangYong Motor Co. telah mencapai satu persetujuan dengan kesatuan pekerja pada 14 September 2018, untuk mengambil semula 119 orang pekerja yang diberhentikan kerja 9 tahun dahulu apabila syarikat tersebut melakukan penstrukturan semula. Ini merupakan satu kemenangan kepada perjuangan pekerja kilang kereta Ssangyong yang telah berlarutan untuk hampir satu dekad.

Pada tahun 2009, semasa dunia dilanda krisis ekonomi, Ssangyong Motors yang dimiliki sebelum itu oleh syarikat milik kerajaan China Shanghai Motors telah mengumumkan kebankrapan dan diambilalih oleh bank dan pelabur swasta. Sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula syarikat, ramai pekerja kilang pengeluar kerera Ssangyong telah diberhentikan kerja. Untuk menentang pemberhentian kerja, pekerja Ssangyong telah mengadakan mogok dan menduduki kilang kereta Ssangyong yang terletak di bandar Pyeongtaek, wilayah Gyeonggi.

Perjuangan pekerja menduduki kilang Ssangyong Motors telah berlarutan untuk 77 hari sebelum dihancurkan dengan kekerasan yang amat teruk oleh pihak berkuasa Korea Selatan. Perjuangan pekerja Ssangyong merupakan salah satu aksi massa yang paliing panjang dan paling sengit dalam sejarah perjuangan buruh di Korea Selatan. Pemilik kilang dan pihak berkuasa telah menyerang kilang yang diduduki oleh pekerja dengan cara yang kejam seolah-olah melakukan serangan tentara dalam peperangan. Meriam air, gas pemedih mata sehinggalah helikopter digunakan untuk menyuraikan pekerja yang mengambilalih kilang tersebut. Bekalan air, makanan dan ubat-ubatan telah disekat untuk menyeksa pekerja yang menduduki kilang. Ramai pekerja dan ahli keluarga yang datang menghantar bekalan kepada pemogok telah ditahan. Pengurus syarikat juga pergi ke rumah pekerja untuk mengugut keluarga mereka bahawa pekerja yang bermogok akan dipenjarakan dan rumah mereka akan disita untuk membayar kerugian yang disebabkan oleh tindakan mogok.

South Korea Ssangyong Motor
Pekerja Ssangyong yang tidak bersetuju dengan pemberhentian kerja telah menduduki dan mengambilalih kilang Ssangyong untuk 77 hari pada tahun 2009.

ac93e0cd732c19f42b0dfa52c0b630d5

July 29 pic water canon.jpg
Pihak berkuasa Korea Selatan menggunakan kekerasan yang hebat untuk menindas pekerja Ssangyong

Walaupun aksi pendudukan kilang oleh pekerja Ssangyong yang berlanjutan untuk 77 hari akhirnya ditewaskan oleh pemilik modal dan pihak berkuasa dengan kekerasan yang amat teruk, para pekerja masing meneruskan perjuangan mereka dalam pelbagai bentuk, termasuk protes jalanan, duduk bantah dan mogok lapar. Syarikat telah mengambil semula sebahagian pekerja di bawah tekanan protes, tetapi mereka yang paling aktif dalam aksi bantahan masih tidak diambil semula untuk bekerja.

Pada tahun 2015, pihak pengurusan syarikat Ssangyong Motors dan kesatuan pekerja Ssangyong pernah membuat persetujuan untuk pengambilan semula pekerja yang diberhentikan kerja secara beransur-ansur, namun pelaksanaannya tidak begitu berjaya kerana pihak pengurusan gagal menetapkan tempoh masa untuk mengambil semula semua pekerja. Perjanjian terbaru antara pihak pengurusan dengan kesatuan pekerja Ssangyong telah memasukkan prosedur pengambilan semula yang spesifik dan tarikh untuk pelaksanaan. Menurut perjanjian yang terbaru, syarikat akan mengambil semula 60% daripada 119 orang pekerja yang diberhentikan kerja selewat-lewatnya akhir tahun ini, dan pekerja yang lain akan diambil semula dalam setengah tahun yang pertama 2019.

153699256117_20180916
Wakil kesatuan pekerja dan pihak pengurusan syarikat Ssangyong Motors akhirnya mencapai persetujuan untuk mengambil semula semua pekerja yang diberhentikan kerja 9 tahun dahulu.

Pada hari pihak pengurusan syarikat dan pekerja memuktamadkan perjanjian untuk mengambil semula pekerja, para pekerja dan keluarga mereka telah berkumpul beramai-ramai di tapak memorial di hadapan Istana Deoksu di Seoul untuk meraikan kemenangan pekerja yang berjuang untuk 9 tahun ini. Memorial di hadapan Istana Deoksu tersebut didirikan untuk memperingati 30 orang pekerja Ssangyong Motor dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia sepanjang 9 tahun sejak mereka diberhentikan kerja. Antara 30 orang yang meninggal ini, yang terakhirnya ialah pekerja bernama Kim Ju-joong yang membunuh diri pada 27 Jun lalu selepas melalui penderitaan dan trauma bertahun-tahun berkaitan dengan pemberhentian kerjanya pada tahun 2009.

Kegigihan perjuangan pekerja Ssangyong akhirnya membuahkan hasil selepas melalui pelbagai cabaran, penindasan, kekalahan dan kesusahan. Persetujuan untuk mengambil semula pekerja yang diberhentikan kerja hanyalah permulaan untuk pekerja Ssangyong mendapat keadilan. Sehingga kini, masih tiada lagi penyiasatan yang dilakukan ke atas insiden penindasan secara ganas terhadap pekerja Ssangyong pada bulan Ogos 2009, dan kerajaan Korea Selatan juga masih belum meminta maaf atas kezalimannya terhadap pekerja Ssangyong. Pihak polis masih menuntut ganti rugi terhada helikopter yang dirosakkan semasa menyuraikan pekerja yang menduduki kilang Ssangyong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s