40566856_1931396750216083_1431445057101103104_n.jpg

20 Tahun: Bina Kuasa Rakyat

Berasal daripada tiga buah pertubuhan akar umbi, iaitu Suara Warga Pertiwi (SWP), Alaigal dan Community Development Centre (CDC), Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditubuhkan pada tahun 1998 demi menegakkan keadilan sosial dan kesamarataan untuk semua di Malaysia .

Perjuangan ini masih belum selesai selagi adanya penindasan berlaku. Kita bertanggungjawab untuk meneruskan usaha demi dunia baru yang perlu didirikan berdasarkan nilai kemanusiaan dan kekitaan.

PSM menjemput semua meraikan Ulang Tahun ke-20 Parti Sosialis Malaysia di Majlis Dana Perjuangan Nasional 2018, yang akan diadakan pada 21 Oktober 2018 (Ahad), 3 petang di Dewan Kandiah, SJKT Vivekananda, Brickfields, Kuala Lumpur.

Sumbangan yang dikutip akan digunakan untuk teruskan inisiatif-insiatif memperjuangkan hak untuk semua.

Sumbangan untuk Majlis Hi-Tea: Setiap meja RM1000 (8 pax)

Maklumat lanjut, sila hubungi Sook Hwa 016-2290460 atau Siew Eng 016-2325680.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *