Venezuela: Proses demokrasi yang tidak diiktiraf kuasa imperialis

Nicolas Maduro telah dipilih semula sebagai Presiden Republik Bolivar Venezuela untuk satu penggal lagi dalam Pilihanraya Presiden yang berlangsung pada 20 Mei lalu. Pilihanraya Presiden Venezuela terbaru ini, berlangsung dalam suasana ancaman kuasa imperialis yang hebat dan krisis ekonomi yang berlarutan. Negara Venezuela yang digambarkan oleh kuasa-kuasa imperialis yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah … Continue reading Venezuela: Proses demokrasi yang tidak diiktiraf kuasa imperialis

Apa itu Parti Sosialis Malaysia (PSM)?

Parti Sosialis Malaysia (PSM) ialah sebuah parti politik yang berasaskan prinsip sosialisme dan berasiprasikan perjuangan rakyat yang berteraskan keadilan sosial. PSM memperjuangkan kesejateraan rakyat, keadilan sosial dan demokrasi sejati, demi membebaskan rakyat daripada segala bentuk penindasan dan membina sebuah masyarakat yang benar-benar sejahtera untuk semua. PSM lahir dari perjuangan rakyat PSM ditubuhkan pada tahun 1998, … Continue reading Apa itu Parti Sosialis Malaysia (PSM)?

Internasionale – lagu pekerja sedunia: Dahulunya lagu haram, selamanya nyanyian perjuangan

oleh Shazni Bhai Setelah kejatuhan Paris Commune, dia bersembunyi dari penguasa dan menghadapi ancaman bunuh. Eugene Pottier, seorang pekerja pengangkutan telah menulis puisi yang panjangnya 6 stanza ketika melarikan diri ke London pada Jun 1871. Puisi itu berjudul L’internationale. Pottier telah memuatkan puisi ini ke dalam koleksi karyanya “Chants Revolutionaires”. 17 tahun kemudiannya, Pierre Degeyter … Continue reading Internasionale – lagu pekerja sedunia: Dahulunya lagu haram, selamanya nyanyian perjuangan

10 tahun perjuangan untuk pendaftaran

Walaupun Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi ia mengambil tempoh masa 10 tahun untuk mendadtarkan PSM sebagai sebuah parti politik yang sah untuk bertanding dalam pilihanraya. Walaupun tidak dibenarkan untuk didaftarkan pada awalnya, aktivis PSM tidak berputus asa dalam memperjuangkan pendaftaran parti di samping meneruskan usaha memperjuangkan isu-isu rakyat. PSM merupakan parti … Continue reading 10 tahun perjuangan untuk pendaftaran

PSM lahir dari perjuangan rakyat

Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditubuhkan pada tahun 1998, oleh aktivis-aktivis yang bergiat dalam gerakan perjuangan rakyat marhaen. Aktivis-aktivis daripada kumpulan masyarakat seperti Suara Warga Pertiwi (SWP), Alaigal dan Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC), yang telah terlibat dalam perjuangan masyarakat ladang dan peneroka bandar bertahun-tahun lamanya, telah membentuk satu jaringan dan menganjurkan aksi Hari Pekerja 1994, satu … Continue reading PSM lahir dari perjuangan rakyat

Manifesto Untuk 99% (Gabungan Kiri 2018)

MANIFESTO UNTUK 99% MUKADIMAH Kami, warga tanah air yang dirahmati dengan keindahan khazanah ekologi, warga berbilang bahasa dan tradisi, sama-sama berikrar untuk mendirikan sebuah masyarakat baru yang bertapak di atas prinsip kebebasan, kesamarataan dan kekitaan. Kami berazam untuk menyamaratakan peluang untuk semua kelompok masyarakat; bermula dengan sokongan badan institusi yang akan membebaskan rakyat daripada kemiskinan … Continue reading Manifesto Untuk 99% (Gabungan Kiri 2018)

(Cerpen) Wira yang tak didendang

sebuah cerpen oleh K. Z. Iskandar Zulfaqar  Kerja merobohkan rumah-rumah di hujung kampung itu akan dijalankan sebentar sahaja lagi. Si pemuda yang mendengar berita tidak baik itu terus bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa orang lagi ahli partinya. Dengan beraninya dia terus menyanggah pemaju yang sudah bersedia dengan jentolak untuk merobohkan rumah-rumah di situ. “Mereka … Continue reading (Cerpen) Wira yang tak didendang