Akhbar Sosialis Jan-Mac 2019

Akhbar Sosialis versi cetak kembali dengan wajah baru. Akhbar Sosialis, lidah rasmi kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menjalani rombakan semula dengan memberi lebih fokus kepada terbitan online melalui sosialis.net. Namun begitu, versi percetakan masih diteruskan dengan frekuensi keluaran 3 bulan sekali. Antara tulisan yang menarik dalam Akhbar Sosialis Edisi Jan-Mac 2019: - Gaji minimum … Continue reading Akhbar Sosialis Jan-Mac 2019

Forum Sosialisme 2018: Keperluan Rakyat Bukan Ketamakan Korporat

Forum Sosialisme 2018 anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah berlangsung dengan meriahnya pada 7-9 Disember lalu di Kuala Lumpur, dengan perbincangan yang bersemangat tentang isu-isu penting yang berkaitan dengan usaha membina rakyat dari bawah dan menangani ancaman sistem kapitalis yang berterusan dan memperjuangkan masyarakat masa depan yang lebih adil serta demokratik. Forum Sosialisme merupakan program … Continue reading Forum Sosialisme 2018: Keperluan Rakyat Bukan Ketamakan Korporat

Pekerja dipecat hanya kerana menyoal majikan yang potong gaji sewenang-wenang

  Pekerja-pekerja pembersihan yang diupah oleh kontraktor swasta untuk bekerja di Lapangan Terbang KLIA telah dibuang kerja tanpa notis oleh majikan mereka, hanya kerana pekerja-pekerja ini meminta penjelasan daripada majikan kenapa gaji mereka dipotong tanpa sebab yang munasabah. Pekerja-pekerja pembersihan ini diupah oleh Maizad Sdn Bhd. Mereka tidak diberi cuti tahunan. Gaji pekerja-pekerja ini dipotong … Continue reading Pekerja dipecat hanya kerana menyoal majikan yang potong gaji sewenang-wenang

Syarikat Berjaya perlu selesai segera masalah perumahan 5 ladang di Batang Berjuntai

KUALA LUMPUR – 19 DISEMBER 2018: Wakil daripada masyarakat pekerja ladang di 5 buah ladang di Batang Berjuntai, Selangor, telah menyerahkan satu surat kepada wakil syarikat Berjaya Corporation Berhad pada hari ini, untuk menuntut penyelesaian kepada masalah perumahan mereka yang berlarutan untuk 2 dekad. Surat yang ditujukan kepada Vincent Tan selaku Pengerusi Berjaya Corporation Berhad … Continue reading Syarikat Berjaya perlu selesai segera masalah perumahan 5 ladang di Batang Berjuntai

Hungary: Rakyat protes bantah “undang-undang hamba”

Hampir 10,000 orang rakyat Hungary turun berprotes di Budapest, ibu negara Hungary, pada 16 Disember 2018 untuk membantah undang-undang buruh baru negara tersebut yang disifatkan sebagai “undang-undang hamba”. Para demonstran turut menyuarakan tentangan mereka terhadap pentadbiran kerajaan berhaluan kanan yang dipimpin Perdana Menteri Viktor Orbán. Gelombang protes terbaru di Hungary baru-baru ini merupakan aksi bantahan … Continue reading Hungary: Rakyat protes bantah “undang-undang hamba”

Pekerja bank berpiket lawan kekejaman HSBC

BAYAN BARU, PULAU PINANG – 15 DISEMBER 2018: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) telah menganjurkan satu aksi piket pada hari ini di hadapan bangunan bank HSBC Bayan Baru, Pulau Pinang, untuk menyuarakan bantahan pekerja terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh pihak pengurusan bank HSBC. Lebih kurang 300 orang ahli NUBE dan penyokong kesatuan … Continue reading Pekerja bank berpiket lawan kekejaman HSBC

PSM Pulau Pinang bangkit 6 isu utama dalam pertemuan dengan Ketua Menteri

GEORGETOWN, PULAU PINANG: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang telah berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yew pada 14 Disember 2018 untuk membincangkan isu-isu dasar negeri Pulau Pinang. Satu memorandum daripada PSM Pulau Pinang yang menyenaraikan 6 isu penting berkenaan dengan halatuju pembangunan Pulau Pinang telah diserahkan kepada Ketua Menteri. Walaupun PSM Pulau … Continue reading PSM Pulau Pinang bangkit 6 isu utama dalam pertemuan dengan Ketua Menteri

Pengawal keselamatan Hospital Putrajaya tidak dibayar gaji 3 bulan! – Kerajaan harus bertanggungjawab!

oleh Sivaranjani Manickam Semasa membuat kajian dan pemantauan pekerja kontrak di beberapa hospital kerajaan, aktivis PSM terkejut apabila mendapati bahawa pekerja-pekerja kawalan keselamatan di Hospital Putrajaya tidak dibayar gaji untuk tiga bulan! Ini merupakan sesuatu yang memalukan kerana penindasan terhadap pekerja berlaku secara terang-terang di pusat pentadbiran negara, Putrajaya. Kini, hanya polis bantuan berdiri di … Continue reading Pengawal keselamatan Hospital Putrajaya tidak dibayar gaji 3 bulan! – Kerajaan harus bertanggungjawab!

Jangan kitar semula alasan yang tempang untuk tangguh pilihanraya tempatan

Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kecewa dan tersinggung dengan kenyataan kelmarin oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan pilihanraya tempatan kerana mungkin akan membawa kepada konflik perkauman dalam negara. Ini adalah satu alasan yang tempang yang telah pun dikitar semula berulang kali untuk menafikan hak rakyat untuk memilih wakil mereka di … Continue reading Jangan kitar semula alasan yang tempang untuk tangguh pilihanraya tempatan