Bersih_2.0_logo.png

Walaupun siaran langsung debat calon yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0 telah dibatalkan selepas calon daripada BN dan PH menolak untuk berdebat, calon PSM Nik Aziz Afiq masih ada peluang untuk tampil di depan kaca TV secara siaran langsung pada 27 Februari 2019.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BERSIH 2.0, selepas berbincang dengan Astro, forum “Semenyih Pasca PRK: Janji Untuk Rakyat” anjuran Wacana Sinar yang menampilkan calon PSM Nik Aziz Afiq dan calon bebas Kuan Chee Heng sebagai ahli panel, akan disiarkan secara langsung di saluran 501 Astro Awani. Forum tersebut akan diadakan di Dewan Karangkraf, Shah Alam, pada 27 Februari 2019.

BERSIH 2.0 telah menerima kritikan daripada pelbagai pihak selepas membatalkan debat calon yang sepatutnya diadakan pada 25 Februari. PSM turut menyatakan kekecewaan tentang pembatalan debat dan keengganan calon daripada parti aliran utama untuk berdebat.

BERSIH 2.0 mengatakan bahawa akan terus menganjurkan debat calon yang disiarkan secara langsung untuk PRK Rantau yang akan datang. BERSIH 2.0 berharap semua calon yang bakal bertanding, khususnya calon daripada PH dan BN, akan memberanikan diri untuk bercakap tentang visi dan misi mereka di depan kamera yang ditonton oleh penonton seluruh negara.

index.jpg

Baca juga: Kenapa calon BN dan PH tak berani berdebat dengan calon PSM?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s