20190602 - outsourcing - BMPenyumberan luar (outsourcing) tenaga kerja adalah satu fenomena yang berluasa di bawah sistem ekonomi neo-liberal.

Penyumberan luar merupakan satu bentuk pemerasan terhadap pekerja yang ketara pada zaman kini, di mana syarikat gergasi dengan modal besar menyumberkan luar proses pengeluaran, perkhidmatan sokongan, khidmat pelanggan dan sebagainya kepada syarikat kontraktor yang lebih kecil, bukannya untuk meningkatkan efisiensi pengeluaran atau perkhidmatan, tetapi untuk memaksimumkan keuntungan dengan melepaskan tanggungjawabnya dalam menjaga kebajikan pekerja kepada syarikat kontraktor dan subkontraktor.

Ada juga syarikat mengupah pekerja melalui kontraktor buruh dan melepaskan segala tanggungan kepada kontraktor buruh.

Pekerja-pekerja yang diupah oleh syarikat kontraktor tidak mempunyai jaminan kerja. Mereka boleh dibuang kerja masa apabila kontrak untuk syarikat kontraktor yang mengupah mereka itu tamat. Sekiranya diberhentikan kerja semasa tempoh kontrak, mereka tidak dapat menuntut pampasan tamat kerja mengikut tempoh khidmat yang sebenar tetapi hanya mengikut tempoh kontrak yang diperbaharui setiap beberapa tahun.

Selain sektor swasta, banyak pekerjaan di sektor awam juga disumberkan luar melalui sistem kontrak. Di premis kerajaan (seperti sekolah dan hospital), kerja-kerja seperti pembersihan dan kawalan keselamatan, telah disumberluarkan kepada kontraktor swasta. Pekerja yang diupah kontraktor swasta ini dibayar gaji yang rendah dan tiadanya jaminan kerja. Kebanyakan pekerja yang diupah di bawah sistem kontrak, tidak dapat menikmati kenaikan gaji dan kebajikan pekerja yang menyeluruh. Mereka juga tidak mendapat pencen. Mereka boleh hilang kerja apabila kontrak ditamatkan dalam tempoh masa beberapa tahun.

Pekerja-pekerja kontrak merupakan golongan B40 (40% isi rumah berpendapatan paling rendah).

Kerja-kerja seperti pembersihan dan kawalan keselamatan merupakan kerja yang perlu dilakukan sepanjang masa, bukannya kerja bermusim ataupun kerja bertempoh masa singkat, maka sistem kontrak yang berjangkamasa pendek tidak sesuai digunakan dalam mengupah pekerja untuk melakukan kerja-kerja sebegini.

Sistem kontrak ataupun penyumberan luar tenaga kerja perlu dihapuskan, dan mewujudkan jaminan kerja untuk semua.

Lukisan komik oleh Antara Garis Hitam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *