Pilihanraya Parlimen Eropah baru-baru ini menyaksikan penurunan sokongan kepada parti-parti tradisional utama daripada blok berhaluan kanan dan blok demokrat sosial yang berhaluan kiri tengah, sementara blok liberal yang berhaluan tengah, blok nasionalis yang berhaluan pelampau kanan, dan blok politik hijau yang memperjuangkan perlindungan alam sekitar dapat meningkatkan kerusi dalam jumlah yang signifikan. Cabaran untuk blok … Continue reading Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?
PSM lancar Kempen Perumahan di Johor
Johor Bahru: Parti Sosialis Malaysia (PSM) Johor melancarkan Kempen Perumahan di peringkat negeri Johor pada 28 Mei 2019 dalam satu sidang akhbar khas. Kempen tersebut bertujuan untuk mendesak Kerajaan Negeri Johor supya menyediakan perumahan yang benar-benar mampu milik untuk semua rakyat. Aktivis PSM Johor P. Mohan berkata, “Banyak rumah di negeri Johor dijual pada harga … Continue reading PSM lancar Kempen Perumahan di Johor
Balan – OKU berjuang sehingga akhir nafas untuk rumahnya
oleh S. Tinagaran Balan Perumal, seorang OKU (Orang Kurang Upaya), telah berjuang sehingga nafas terakhirnya untuk menuntut rumah kediaman yang telah dilelong oleh Bank Simpanan Nasional. Lebih 3 tahun mendiang Balan berjuang. Dua hari sebelum beliau meninggal dunia, beliau menelefon saya dan kami berbincang tentang kes yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Seremban. Balan telah mengheretkan … Continue reading Balan – OKU berjuang sehingga akhir nafas untuk rumahnya
Didakwa kerana bela rumah Mahathir – Gugurkan dakwaan terhadap Ketua Biro Perumahan PSM
oleh S. Arutchelvan R. Karthiges, Ketua Biro Perumahan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan seorang lagi aktivis tempatan Nathan a/l Munusamy, telah ditangkap pada 5 Jun 2018 yang ketika itu adalah bulan Ramadan, semasa mereka cuba mempertahankan rumah Mahathir bin Hajah Mydeen, seorang penduduk daripada keluarga B40 di unit PPR Padang Tembak, Pulau Pinang. Ini mungkin … Continue reading Didakwa kerana bela rumah Mahathir – Gugurkan dakwaan terhadap Ketua Biro Perumahan PSM
Peguam Negara digesa gugurkan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa
28 MEI 2019 – PUTRAJAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan satu memorandum pada hari ini kepada Jabatan Peguam Negara, dengan seruan pada Peguam Negara Tommy Thomas supaya menggugurkan pendakwaan terhadap Karthiges dan Nathan yang ditangkap semasa mempertahankan penduduk miskin di rumah pangsa PPR Padang Tembak Pulau Pinang daripada pengusiran paksa pada tahun lalu. Kedua-dua … Continue reading Peguam Negara digesa gugurkan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa
Pilihanraya India: Ironi hebat dalam demokrasi terbesar di dunia
Puak pelampau kanan anti-demokratik yang mengapi-apikan sentimen agama dan fahaman nasionalis yang sempit menang dalam pilihanraya di negara yang kononnya demokrasi terbesar di dunia, adalah tamparan yang hebat kepada demokrasi borjuasi. Pakatan Demokratik Nasional (National Democratic Alliance, NDA) yang diterajui oleh Parti Bharatiya Janata (BJP), sebuah parti nasionalis Hindu pelampau kanan yang dipimpin oleh Narendra … Continue reading Pilihanraya India: Ironi hebat dalam demokrasi terbesar di dunia
Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua
Kanak-kanak dan anak muda di seluruh dunia sekali lagi “ponteng sekolah” pada satu hari Jumaat yang sama untuk memprotes terhadap krisis iklim sedunia yang semakin meruncing. Pada 24 Mei 2019, mogok pelajar berlangsung di lebih 1,400 buah bandar di lebih 110 buah negara, dengan sekurang-kurangnya 1.4 juta orang mengambil bahagian dalam aksi untuk keadilan iklim … Continue reading Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua
Cadangan PSM untuk pembaharuan sistem pilihanraya
Cadangan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kepada Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) Pilihanraya merupakan satu komponen yang penting dalam demokrasi. Rakyat dapat memilih wakil rakyat yang mewakili mereka dalam sistem perundangan ataupun kerajaan yang mentadbir sesebuah negara melalui cara pengundian dalam pilihanraya yang bebas dan demokratik. Sistem pilihanraya di negara kita masih … Continue reading Cadangan PSM untuk pembaharuan sistem pilihanraya
PSM kemukakan cadangan pembaharuan sistem pilihanraya kepada ERC
PUTRAJAYA – 24 MEI 2019: Wakil daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihanraya (ERC) pada hari ini. Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, yang juga merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bersama dengan Ketua Eksekutif ERC Amerul Muner bin Mohamad dan pasukannya … Continue reading PSM kemukakan cadangan pembaharuan sistem pilihanraya kepada ERC
Kit Siang gali kubur sendiri bila nak debat dengan Najib
oleh S. Arutchelvan Tindakan Lim Kit Siang menarik diri daripada debat dengan Najib Razak sebenarnya adalah tindakan yang terbaik walaupun sebelum debat lagi, Najib sudah berjaya K.O. Lim Kit Siang sehingga Kit Siang terpaksa menarik diri dan memberikan alasan yang panjang lebar mengapa beliau tarik diri. Untuk orang biasa, tindakan Lim Kit Siang yang … Continue reading Kit Siang gali kubur sendiri bila nak debat dengan Najib
