KUALA LUMPUR - 21 JANUARI 2020: Parti Sosialis Malaysia (PSM) melancarkan kempen baru pada hari ini dalam satu sidang akhbar khas, untuk mengetengahkan isu krisis iklim yang semakin serius dan mendesak Kerajaan Malaysia supaya mengisytihar Darurat Iklim. Pengerusi PSM Dr. Jeyakumar Devaraj berkata dalam sidang akhbar pelancaran kempen ini, “Kita sedang menghadapi krisis iklim yang … Continue reading PSM lancar kempen desak pengisytiharan Darurat Iklim
Edgenta UEMS masih cuba mangsakan ahli kesatuan
IPOH: Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) telah mengadakan satu protes di hadapan pejabat Edgenta Mediserve di Ipoh pada 16 Januari 2020, untuk menggesa syarikat kontraktor Edgenta UEMS untuk menghentikan segala taktik kotornya yang memangsakan pekerja-pekerja pembersihan di hospital kerajaan yang merupakan ahli kesatuan sekerja. Edgenta UEMS, anak syarikat kepada UEM … Continue reading Edgenta UEMS masih cuba mangsakan ahli kesatuan
Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi
Setelah aksi mogok umum yang berterusan untuk lebih 6 minggu di Perancis untuk menentang “pembaharuan” terhadap sistem pencen oleh Kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron, dan gas pemedih mata terus berterbangan di jalanan bandar besar seperti Paris, Kerajaan Perancis akhirnya terpaksa menawarkan kompromi dalam usahanya menghentikan perjuangan kelas pekerja yang sedang menggugat kekuasaan pemerintah Perancis ini. … Continue reading Perancis: Mogok hebat paksa kerajaan berkompromi
Iran: Tragedi yang cetuskan semula protes rakyat
Pada 11 Januari 2020, Kerjaan Iran mengaku bahawa pesawat Penerbangan 752 Ukraine International Airlines yang terhempas pada 8 Januari 2020 adalah ditembak jatuh atas kesilapan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC). Pengakuan tersebut dibuat selepas tiga hari Kerajaan Iran cuba menafikan dakwaan bahawa pesawat yang terbang dari Tehran ke Kiev itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu. … Continue reading Iran: Tragedi yang cetuskan semula protes rakyat
Mahathir Menteri Pendidikan sementara, apa nasib anak didik kita?
oleh Ahmad Yasin Bin Basri Perletakan jawatan Dr. Maszlee Malik daripada posisi Menteri Pendidikan pada 2 Januari yang lepas atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah membuahkan spekulasi akan sebab serta nasib posisi tersebut. Keengganan Mahathir memberi ulasan untuk memunasabahkan perletakan jawatan tersebut juga tidak memberi sebarang keringanan dalam keresahan orang ramai atas kekeruhan … Continue reading Mahathir Menteri Pendidikan sementara, apa nasib anak didik kita?
Akhbar Sosialis Edisi Jan-Mac 2020
Menarik dalam Akhbar Sosialis Edisi Jan-Mac 2020: Jangan gadaikan sistem kesihatan kepada keuntungan korporat Imbas kembali tahun 2019 Pekerja pembersihan hospital lawan pemangsaan terhadap kesatuan Perjuangan peneroka Kampung Segambut Permai Protes masyarakat ladang Kemelut bekas pekerja Ladang Padang Meha UTM - MJIIT Voices menang perjuangan Nelayan Penang Tolak Tambak Analisis terhadap Belanjawan 2020 Dapatkan senaskah … Continue reading Akhbar Sosialis Edisi Jan-Mac 2020
Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran
Kuala Lumpur - 10 Januari 2020: Satu aksi protes anti-perang telah diadakan pada hari ini di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, untuk menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap ancaman perang oleh AS ke atas Iran dan Timur Tengah. Protes yang dipanggil oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam tempoh masa hanya satu hari ini telah … Continue reading Seruan rakyat Malaysia: Hentikan perang ke atas Iran
India: 250 juta pekerja mogok cabar kekuasaan Modi
250 juta orang hampir bersamaan dengan 8 kali ganda jumlah penduduk di Malaysia. Pada 8 Januari 2020, jumlah orang sebesar 8 Malaysia bermogok di India. India menyaksikan aksi mogok yang terbesar dalam dua dekad kebelakangan ini pada 8 Januari 2020 dengan penyertaan lebih kurang 250 juta orang, untuk menyatakan bantahan kelas pekerja terhadap dasar Kerajaan … Continue reading India: 250 juta pekerja mogok cabar kekuasaan Modi
Imperialis AS pengganas nombor satu dunia
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Donald Trump sedang membawa dunia ke ambang satu lagi perang yang dahsyat di rantau Timur Tengah. Sekali lagi, imperialis AS sedang menunjukkan kepada dunia bahawa ia ialah pengganas nombor satu di dunia yang sanggup mencetuskan satu lagi peperangan untuk seorang kapitalis mempertahankan jawatan Presiden negara itu. Donald Trump pasti amat … Continue reading Imperialis AS pengganas nombor satu dunia
India: Pelajar JNU tidak tunduk pada keganasan pelampau kanan
Sekumpulan samseng telah melakukan serangan di dalam kampus Universiti Jawaharlal Nehru (JNU) di New Delhi, India, pada 5 Januari 2019, dengan memukul dan mencederakan ramai pelajar dan kakitangan universiti di situ. Antara yang dicederakan ialah Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Jawaharlal Nehru (JNUSU) Aishe Ghosh dan Setiausaha Agung JNUSU Satish Chandra. Aishe Ghosh yang diserang telah … Continue reading India: Pelajar JNU tidak tunduk pada keganasan pelampau kanan
