20200117 - 05 (2)

IPOH: Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) telah mengadakan satu protes di hadapan pejabat Edgenta Mediserve di Ipoh pada 16 Januari 2020, untuk menggesa syarikat kontraktor Edgenta UEMS untuk menghentikan segala taktik kotornya yang memangsakan pekerja-pekerja pembersihan di hospital kerajaan yang merupakan ahli kesatuan sekerja.

Edgenta UEMS, anak syarikat kepada UEM Edgenta yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dimiliki penuh oleh Khazanah Nasional, telah mengambilalih kontrak untuk pekerja-pekerja pembersihan di 22 buah hospital kerajaan di negeri Perak dan Pulau Pinang mulai bulan Januari 2020. Perkhidmatan pembersihan di hospital kerajaan disubkontrak keluar oleh pemegang konsesi perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan, Edgenta Mediserve Sdn. Bhd., yang juga merupakan anak syarikat kepada UEM Edgenta. Pengambilalihan kontrak perkhidmatan pembersihan oleh Edgenta UEMS ini telah menimbulkan pelbagai isu sebelum ini, dan sekarang nampaknya Edgenta UEMS masih belum membatalkan niatnya untuk mematikan kesatuan sekerja yang memperjuangkan hak pekerja pembersihan di hospital kerajaan.

Pihak kesatuan KPSPSHKSM telah mendedahkan bahawa syarikat Edgenta UEMS telah melakukan beberapa tindakan yang memangsakan ahli-ahli kesatuan, termasuk:

  1. Pihak pengurusan sengaja menukar lokasi, syif, dan masa rehat pekerja.
  2. Ahli kesatuan TIDAK dibernarkan untukberkumpul semasa rehat.
  3. Ahli kesatuan TIDAK boleh keluar makan semasa rehat.
  4. Kesatuan dilarang daripada mengutip yuran daripada ahlinya dan pihak pengurusan Edgenta UEMS enggan mengiktiraf kesatuan.
  5. Tidak boleh kutip yuran dan kesatuan tidak ada di bawah UEMS.

Wakil daripada kesatuan KPSPSHKSM berprotes untuk membawa isu ini kepada perhatian Edgenta Mediserve selaku pemegang konsesi perkhidmatan sokongan hospital yang utama. Pihak Edgenta Mediserve berjanji akan menyiasat tentang perkara ini dan memberi maklum balas dalam tempoh masa 2 minggu.

3 thoughts on “Edgenta UEMS masih cuba mangsakan ahli kesatuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *