Deklarasi Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme 2020

Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme telah diadakan pada 22-24 Januari 2020 di Caracas, Venezuela. Lebih 400 orang wakil daripada parti-parti politik dan gerakan sosial dari 70 buah negara, bersama dengan lebih 1,000 orang dari Venezuela, berhimpun dalam program yang bertemakan “Demi kehidupan, kedaulatan dan kedamaian” ini. Persidangan ini diadakan sebagai satu manifestasi menentang dasar imperialis dan … Continue reading Deklarasi Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme 2020

Rakyat Palestin tolak “Perjanjian Abad Ini” yang hidup semula apartheid

Rakyat Palestin menyuarakan bantahan mereka terhadap pelan pendamaian konflik Palestin-Israel yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini. Demonstrasi jalanan tercetus di Tebing Barat dan Gaza, dengan rakyat Palestin daripada aliran politik yang berbeza telah berprotes menentang cadangan perjanjian yang amat berat sebelah kepada Israel dan dibuat tanpa perwakilan Palestin ini. Protes … Continue reading Rakyat Palestin tolak “Perjanjian Abad Ini” yang hidup semula apartheid

Mengapa Mahathir mahu hidupkan kembali mayat mumia yang sudah mati?

oleh Nik Aziz Afiq Kita dikejutkan dengan pengumuman Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri merangkap Pemangku Menteri Pendidikan, baru-baru ini yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dikembalikan. Kami merasakan kesal kerana selaku orang yang berpengalaman, nampaknya Mahathir tidak belajar dari sejarah dan bakal mengulangi kesilapan yang sama lagi. Mangsanya … Continue reading Mengapa Mahathir mahu hidupkan kembali mayat mumia yang sudah mati?

Belgium: Pekerja beraksi pertahan perlindungan sosial

Lebih kurang 20,000 orang pekerja Belgium berarak dan berprotes di bandaraya Brussels, ibu negara Belgium, pada 28 Januari 2020, bersempena dengan aksi mogok nasional yang dianjurkan kesatuan sekerja untuk mempertahankan perlindungan sosial. Aksi massa ini dianjurkan oleh Persekutuan Umum Buruh Belgium (ABVV/FGTB), sebuah gabungan kesatuan sekerja sosialis di Belgium. Demonstran yang turun beraksi di jalanan … Continue reading Belgium: Pekerja beraksi pertahan perlindungan sosial

Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru

(foto oleh CHINATOPIX via Associated Press) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytihar Darurat Kesihatan Awam yang Membimbangkan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern, PHEIC) terhadap penularan wabak koronavirus baru, 2019-nCoV, yang tercetus di bandaraya Wuhan di China dan sedang menular di dalam dan luar negara China sekarang ini. Pengisytiharan ini dibuat selepas mesyuarat kedua … Continue reading Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru

Itali: Gerakan Sardin berjaya sekat kemaraan pelampau kanan di Emilia-Romagna

Gerakan Sardin yang bermula dari wilayah Emilia-Romagna pada pertengahan bulan November 2019, telah berjaya menyekat kemaraan kuasa pelampau kanan daripada menawan wilayah yang merupakan kubu kuat politik kiri di negara Itali untuk selama lebih 70 tahun itu... sekurang-kurangnya untuk ketika ini. Dalam pilihanraya wilayah Emilia-Romagna yang diadakan pada 26 Januari 2020, Gabungan Kiri-Tengah yang dipimpin … Continue reading Itali: Gerakan Sardin berjaya sekat kemaraan pelampau kanan di Emilia-Romagna

Iraq: Protes massa desak pengunduran tentera AS

Kemarahan rakyat terhadap pendudukan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq telah ditunjukkan dalam aksi jalanan. Ratusan ribu orang rakyat Iraq berprotes di Baghdad pada 24 Januari 2020 untuk mendesak pengunduran tentera AS dari negara itu. Dua hari selepas itu, pada 26 Januari 2020, satu lagi aksi protes diadakan oleh pelajar-pelajar Iraq yang menuntut supaya menghentikan … Continue reading Iraq: Protes massa desak pengunduran tentera AS

Wabak 2019-nCoV: Lawan wabak dengan kesedaran sivik bukannnya panik

Wabak Koronavirus Baru 2019-nCoV, atau juga dikenali sebagai Wabak Koronavirus Wuhan kerana ia paling awal ditemui di bandaraya Wuhan di China, sedang merebak bukan sahaja di bandaraya Wuhan dan Wilayah Hubei di China, tetapi di banyak tempat di dalam dan di luar negara China. Setakat 28 Januari 2020, dilaporkan seramai lebih 4600 orang telah disahkan … Continue reading Wabak 2019-nCoV: Lawan wabak dengan kesedaran sivik bukannnya panik

Dunia semakin tidak adil: 22 orang lelaki terkaya lebih kaya daripada semua wanita di Afrika

“Ketidaksamarataan ekonomi telah hilang kawalan.” Begitu katanya laporan terbaru terbitan Oxfam yang bertajuk “Masa untuk peduli: Kerja penjagaan yang tidak dibayar dan dibayar gaji yang rendah dan krisis ketidaksamarataan global” (Time to care: Unpaid and underpaid care work and the global inequality crisis). Oxfam ialah sebuah badan bukan kerajaan bantuan kebajikan antarabangsa yang memfokus pada usaha membasmi … Continue reading Dunia semakin tidak adil: 22 orang lelaki terkaya lebih kaya daripada semua wanita di Afrika