oleh V. Selvam / PSM Selangor Belanjawan Negeri Selangor 2020 Belanjawan Negeri Selangor 2020 telah dibentangkan pada 1 November 2019 di Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. Walaupun Belanjawan ini dikatakan Bajet berjimat, namun kritikan terhadapnya adalah ia tidak menangani isu-isu rakyat Selangor secara menyeluruh. Antara isu-isu rakyat yang perlu perhatian adalah: 1. Perumahan untuk … Continue reading Tidak tangani isu rakyat secara menyeluruh: Analisis Belanjawan Selangor 2020
Hong Kong: Pemberontakan rakyat yang berterusan
Gelombang protes yang hebat telah melanda Hong Kong sejak hampir 6 bulan yang lalu, dan masih berterusan sehingga hari ini dan membawa masa depan yang tidak menentu kepada bandaraya yang menjad pusat kewangan antarabangsa ini. Protes yang bermula sebagai perarakan besar-besaran yang aman untuk menyuarakan bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi ke Tanah Besar China, telah berkembang kepada … Continue reading Hong Kong: Pemberontakan rakyat yang berterusan
Tangani lambakan graduan perubatan
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin menasihati Kerajaan supaya jangan mengurangkan pengambilan pelajar perubatan dalam universiti awam. Menurut laporan akhbar The Star 9/11/2019, ini merupakan salah satu penyelesaian yang sedang dipertimbangkan oleh Majlis Penasihat Kesihatan untuk menangani masalah lambakan graduan perubatan. Pada tahun 2018, terdapat seramai 1482 orang graduan perubatan daripada universiti awam, 2509 … Continue reading Tangani lambakan graduan perubatan
PRK Tanjung Piai: Kekalahan PH paling teruk setakat ini
Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan Parlimen Tanjung Piai yang diadakan pada 16 November 2019, telah menyaksikan kekalahan Pakatan Harapan (PH) yang paling teruk dalam pilihanraya kecil sejak Pilihanraya Umum (PRU) ke-14. PRK untuk kawasan Parlimen yang terletak di negeri Johor ini, diadakan selepas penyandang jawatan Ahli Parlimen sebelum ini, Dr. Mohamed Farid bin Md Rafik … Continue reading PRK Tanjung Piai: Kekalahan PH paling teruk setakat ini
Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali
Sepanyol mengadakan pilihanraya umumnya yang kedua dalam tahun ini pada 11 November 2019, dengan keputusannya parti pemerintah berhaluan kiri-tengah, Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) pimpinan penyandang jawatan Perdana Menteri Pedro Sánchez, kekal sebagai parti terbesar dalam Parlimen tetapi jumlah kerusi sudah berkurang, sementara parti pelampau kanan Vox menunjukkan peningkatan yang hebat dari segi sokongan undi. … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali
KWSP jangan biar pekerja jadi mangsa
oleh Rani Rasiah 1. Menurut Seksyen 48(4)(b) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), majikan yang gagal memotong caruman daripada gaji pekerja untuk sesuatu bulan, dibenarkan membuat potongan caruman tersebut daripada gaji mana-mana enam bulan berikutan sahaja, dan bukan selepas itu. 2. Tetapi dua buah syarikat pengangkutan - Hong Heng Transport & Trading Sdn Bhd di Keramat … Continue reading KWSP jangan biar pekerja jadi mangsa
Brazil: Lula bebas selepas 580 hari dalam penjara
Selepas ditahan selama 580 hari di bandar Curitiba di selatan Brazil, bekas Presiden Brazil yang berhaluan kiri, Luiz Inácio Lula da Silva, dibebaskan pada 8 November 2019. Lula disambut meriah oleh ribuan massa yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat Polis Persekutuan Brazil di mana beliau ditahan. Lula mendapat kebebasan selepas Mahkamah Agung Brazil memutuskan pada … Continue reading Brazil: Lula bebas selepas 580 hari dalam penjara
Bolivia: Kudeta golongan kanan pijak demokrasi rakyat
Evo Morales, Presiden Bolivia yang dipilih secara demokratik, telah mengumumkan perletakan jawatan pada 10 November 2019, selepas pihak tentera menyatakan sokongan terhadap kudeta yang dilancarkan oleh golongan berhaluan kanan. Golongan berhaluan kanan telah melancarkan demonstrasi dan rusuhan selepas Pilihanraya Umum di Bolivia pada 20 Oktober 2019. Evo Morales diisytihar menang dalam Pilihanraya Presiden yang diadakan … Continue reading Bolivia: Kudeta golongan kanan pijak demokrasi rakyat
Arul disoal siasat kerana aksi sambutan Hari Habitat – Bazir masa polis
KUALA LUMPUR – 8 NOVEMBER 2019: S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), telah dipanggil polis untuk rakaman percakapan berkenaan dengan aksi perhimpunan Hari Habitat yang diadakan di hadapan Bangunan Parlimen pada 8 Oktober 2019 yang lalu. Arutchelvan telah disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Arutchelvan hadir ke Ibupejabat Polis Daerah … Continue reading Arul disoal siasat kerana aksi sambutan Hari Habitat – Bazir masa polis
Kejatuhan Tembok Berlin: Titik perubahan yang dicairkan
30 tahun dahulu, pada 9 November 1989, ribuan rakyat Jerman Timur melintasi Tembok Berlin untuk memasuki kawasan Jerman Barat di bandar Berlin, menjadi satu pemandangan bersejarah yang dianggap sebagai tanda berakhirnya Perang Dingin. Blok Barat yang diketuai oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat menyifatkan kejatuhan Tembok Berlin sebagai kemenangan untuk “Dunia Bebas” yang dikuasai imperialis Barat. … Continue reading Kejatuhan Tembok Berlin: Titik perubahan yang dicairkan
