20200110-iran (2).jpg

Kuala Lumpur – 10 Januari 2020: Satu aksi protes anti-perang telah diadakan pada hari ini di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, untuk menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap ancaman perang oleh AS ke atas Iran dan Timur Tengah.

Protes yang dipanggil oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam tempoh masa hanya satu hari ini telah mendapat sambutan dan sokongan daripada beberapa kumpulan masyarakat sivil yang turut hadir untuk bersolidariti dan menyuarakan hasrat rakyat Malaysia untuk mewujudkan keamanan dunia yang berkekalan. Selain aktivis-aktivis daripada PSM, wakil daripada organisasi seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Agora Malaysia, SUARAM, UTM-MJIIT Voices, Pemuda Amanah Selangor dan sebagainya turut hadir untuk menyampaikan mesej anti-perang.

20200110 - iran (2).jpg

Dr. Jeyakumar Devaraj, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata, “Dalam dua perang di Iraq sebelum ini, Kerajaan AS telah membohong pada rakyatnya dan rakyat sedunia untuk melancarkan perang. Kita perlu menyeru semua rakyat di semua negara, termasuk AS dan Eropah, untuk bangkit menyuarakan bantahan dan mendesak AS supaya berundur. ”

“Rakyat sedunia termasuk rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama, sama ada bermazhab Syiah atau Sunni, sama ada orang beragama Islam atau orang bukan beragama Islam, perlu bersama-sama menyuarakan bantahan kita terhadap sikap imperialis AS yang tidak bertanggungjawab dan membahayakan dunia ini,” begitu katanya Dr. Jeyakumar ketika ditemuramah oleh wartawan tentang protes hari ini.

S. Arutchelvan, Timbalan Pengerusi PSM, berkata, “Pengganas utama di dunia sekarang ini ialah Donald Trump. Kami berhimpun di sini untuk menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa kita semua mahu AS untuk menghentikan segala provokasi yang boleh mencetuskan perang. Jika kita benar-benar mahu keamanan di Timur Tengah, kita kena pastikan semua tentera AS keluar dari Timur Tengah.” 

20200110 - 81641123_10157876506029493_4590591887848505344_o.jpg

Satu memorandum bersama yang disokong oleh 53 buah organisasi dalam dan luar negara Malaysia telah diserahkan kepada wakil Kedutaan AS ketika protes ini. (Senarai penuh organisasi yang menyokong memorandum dan kenyataan bersama ini boleh didapati di sini.)

Organisasi-organisasi yang menyokong memorandum tersebut telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap situasi yang semakin teruk dan berbahaya antara AS dengan Iran.

“Kita tidak patut lupa bagaimana perang yang diterajui AS ke atas Afghanistan dan Iraq dalam dua dekad kebelakangan ini telah membawa keganasan, kehancuran, kesusahan dan penderitaan yang amat teruk kepada jutaan rakyat di rantau Timur Tengah. Perang ke atas Iran dan satu lagi konflik tentera di Iraq hanya akan akan memburukkan lagi keadaan.”

5 tuntutan telah dikemukakan dalam memorandum ini, iaitu:

  • Kerajaan AS perlu menghentikan segala tindakan berniat mencetuskan perang dan retorik menghasut perang;
  • Pengunduran segera tentera AS dari Iraq;
  • Kawalan diri daripada kedua-dua pihak Iran dan AS untuk mengelakkan satu lagi peperangan di rantau Timur Tengah;
  • Hentikan sekatan ekonomi terhadap Iran;
  • Penutupan semua pangkalan tentera AS di luar negaranya.

20200110 - 81392197_10157876504174493_5910815631493562368_o.jpg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s