Ada satu hantu berkeliaran di sekitar Najib - hantu Altantuya… dari masanya masih Timbalan Perdana Menteri hingga menjadi bekas Perdana Menteri. Selepas 13 tahun Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan hutan berdekatan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, kontroversi yang menyelubungi kes pembunuhan ini masih menghantui Najib Razak apabila Azilah Hadri, salah seorang dijatuhkan hukuman … Continue reading Najib masih dihantui Altantuya
Pekerja migran masih dieksploitasi Dasar Buruh Murah
oleh Mohanarani Rasiah Hari ini, 18 Disember, ialah Hari Migran Antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan badan-badan berkaitan cuba memberi satu gambaran yang riang tentang buruh migran memainkan peranan yang dinamik dalam pembangunan di kedua-dua negara asal dan negara destinasi mereka, dan rakyat boleh bergerak secara bebas ke mana-mana yang diingini mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka. … Continue reading Pekerja migran masih dieksploitasi Dasar Buruh Murah
Itali: Lawan arus pelampau kanan dengan Sardin
Bermula pada 14 November 2019 di Piazza Maggiore, sebuah dataran awam yang terletak di bandar Bologna di wilayah Emilia-Romagna, lahirnya satu gerakan massa yang baru di Itali, sebagai respon kepada ancaman kuasa pelampau kanan yang diwakili oleh perluasan pengaruh politik Liga Utara (Lega Nord) yang dipimpin oleh Matteo Salvini. Gerakan yang baru di Itali ini … Continue reading Itali: Lawan arus pelampau kanan dengan Sardin
Algeria: Presiden baru dipilih dalam pilihanraya yang diboikot ramai
(foto oleh Ramzi Boudina / Reuters) Pilihanraya Presiden Algeria yang pertama sejak kejatuhan Presiden Abdelaziz Bouteflika telah diadakan pada 12 Disember 2019, tetapi peratusan keluar mengundi adalah sangat rendah dan undi rosak juga amat banyak kerana pemboikotan oleh rakyat Algeria yang berprotes terhadap sistem politik yang masih belum berubah untuk beberapa bulan yang lepas. Daripada … Continue reading Algeria: Presiden baru dipilih dalam pilihanraya yang diboikot ramai
Thailand: Protes besar-besaran kembali lagi untuk perjuangan demokrasi yang belum selesai
Ribuan orang membanjiri jalanan di sekeliling pusat beli-belah MBK Centre yang terletak di pusat bandaraya Bangkok pada 14 Disember 2019, untuk menyertai aksi protes massa yang terbesar sejak tahun 2014. Protes ini diadakan berikutan Suruhanjaya Pilihanraya Thailand bertindak untuk mengharamkan Parti Maju Masa Depan (Future Forward Party), parti politik yang paling lantang bersuara dalam menentang … Continue reading Thailand: Protes besar-besaran kembali lagi untuk perjuangan demokrasi yang belum selesai
India: Rakyat bantah akta bersifat diskriminasi
oleh Gandipan Nantha Gopan Akta kerakyatan yang berunsur diskriminasi mencetuskan kemarahan rakyat India! Rakyat telah turun ke jalanan dan berprotes menentang satu akta yang berunsur diskriminasi secara tidak langsung terhadap kaum Muslim di India. Satu gelombang protes sedang berlaku di negara India yang disebabkan oleh pengiktirafan sebuah akta yang dikenali sebagai Citizenship (Amendment) Bill (CAB). Selepas beberapa … Continue reading India: Rakyat bantah akta bersifat diskriminasi
Pilihanraya Umum UK 2019: BREXIT! BREXIT! BREXIT!
Pilihanraya Umum United Kingdom (UK) atau Britain, yang diadakan pada 12 Disember 2019, bagaikan satu lagi referendum yang mengesahkan Brexit (negara Britain keluar dari Kesatuan Eropah) tanpa memerlukan undi majoriti. Brexit, menjadi satu-satunya kata kunci untuk pilihanraya umum UK kali ini, bukan sahaja pencetusnya, tetapi mendominasi naratif seluruh kempen pilihanraya, dan memberi impak kepada keputusan … Continue reading Pilihanraya Umum UK 2019: BREXIT! BREXIT! BREXIT!
5 isu pekerja kontrak di sekolah kerajaan dibangkitkan dalam pertemuan dengan KPM
oleh M. Sivaranjani Mesyuarat antara Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula dengan nada serius apabila semua talefon bimbit telah dilarang untuk dibawa masuk ke dalam bilik mesyuarat. Setelah wakil JPKK mengadu, dua telefon dibenarkan untuk dibawa masuk. Selain itu, semua beg diperiksa oleh pihak keselamatan. Walaupun wujudnya ketegangan di luar bilik mesyuarat, namun ia tidak berpanjangan apabila Timbalan Ketua Setiausaha … Continue reading 5 isu pekerja kontrak di sekolah kerajaan dibangkitkan dalam pertemuan dengan KPM
6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion
6 buah syarikat gergasi di “Lembah Silikon” Amerika Syarikat, iaitu Amazon, Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Netflix, yang juga dikenali sebagai “Silicon Six” telah mengelak diri daripada membayar lebih USD 100 bilion dalam cukai global untuk dekad ini! Pendedahan ini dibuat dalam satuanalisis yang diterbitkan baru-baru ini oleh Fair Tax Mark, satu kumpulan yang beribupejabat di … Continue reading 6 syarikat gergasi teknologi global tidak bayar cukai lebih USD100 bilion
Pekerja pembersihan hospital kekal sebagai pekerja lama di bawah kontraktor baru
Berikutan protes pekerja-pekerja pembersihan di hospital kerajaan pada 2 Disember 2019, satu perjumpaan telah diadakan pada 11 Disember 2019 antara wakil Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) dengan wakil-wakil daripada Kementerian Kesihatan, syarikat UEM Edgenta, Edgenta Mediserve dan NS Medik Sdn Bhd. Hasil daripada perbincangan dalam perbincangan ini, keputusan yang diambil … Continue reading Pekerja pembersihan hospital kekal sebagai pekerja lama di bawah kontraktor baru
