(foto oleh Swapan Mahapatra / PTI)

Parti-parti berhaluan kiri di India mengadakan mogok umum 12-jam pada 12 Februari 2021 di negeri Bengal Barat. Aksi mogok tersebut bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa di negeri itu dalam mematahkan demonstrasi anak muda pada 11 Februari 2021.

Puluhan ribu pelajar dan anak muda, kebanyakannya daripada Barisan Kiri dan sesetengahnya daripada Kongres Kebangsaan India, berprotes di Kolkata, ibu negeri Bengal Barat, pada 11 Februari 2021, untuk membantah kepincangan pemerintahan Kerajaan Kongres Trinamool di negeri itu. Aksi perarakan ke bangunan kerajaan (Nabanna) di Kolkata dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan kiri termasuk Persekutuan Pelajar India (SFI) dan Persekutuan Anak Muda Demokratik India (DYFI) yang bersekutu dengan Parti Komunis India (Marxis). Protes ini telah membangkitkan isu kekurangan peluang pekerjaan bagi anak muda di negeri bahagian barat India itu, di samping menuntut supaya menghentikan pengkomersialan pendidikan. Demonstran juga menuntut pemansuhan undang-undang pertanian berkontroversi yang diluluskan baru-baru ini.

Untuk menghalang demonstran dari sudut yang berlainan di bandaraya Kolkata untuk berarak menuju ke pusat bandar, Kerajaan Kongres Trinamool yang dipimpin oleh Mamata Banerjee mengerahkan pasukan polis dalam jumlah yang besar di sepanjang laluan perarakan. Polis menggali jalan dan mendirikan sekatan untuk mencegah demonstran daripada sampai ke Nabanna.

Demonstran yang berprotes di jalanan Kolkata pada 11 Februari 2021 diserang oleh pihak polis dan samseng pro-kerajaan, sehingga mencetuskan pertempuran jalanan. Polis menggunakan serangan belantan, meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstran secara keras. Seramai 150 orang telah dicederakan, antaranya 100 orang dihantar ke hospital. Sementara itu, lebih kurang 500 orang ditangkap. Turut ditahan ialah Ibrahim Mollah, Ahli Dewan Perundangan Negeri Bengal Barat daripada Parti Komunis India (Marxis).

Nitheesh Narayanan, anggota sekretariat SFI, berkata, “Pelajar-pelajar dan anak-anak muda yang mengambil bahagian dalam perarakan untuk menuntut supaya setiap orang menikmati kehidupan yang lebih baik, telah ditindas dan diserang. Ramai antara mereka dimasukkan ke dalam hospital kerana kecederaan serius. Ramai antara komrad kami ditahan sekarang. Satu-satunya ‘jenayah’ yang dilakukan oleh mereka adalah mereka mempersoalkan kegagalan pentadbiran kerajaan pimpinan Mamata Banerjee dalam menyediakan pekerjaan dan kemudahan pendidikan bagi pelajar-pelajar dan anak-anak muda di negeri Bengal Barat.”

Kongres Trinamool yang merupakan sebuah parti politik populis kanan, telah memerintah negeri Bengal Barat sejak ia memenangi Pilihanraya Dewan Perundungan Negeri Bengal Barat pada tahun 2011. Kerajaan Kongres Trinamool pimpinan Mamata Banerjee mempunyai sejarah keganasan terhadap golongan kiri yang lama. Walau bagaimanapun, gerakan kiri di Bengal Barat tetap bermobilisasi untuk memperjuangkan keadilan sosial dan melawan penindasan pihak berkuasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s