oleh Sharan Raj

Pada 19 Februari 2021, Semenanjung Malaysia telah menerima sebuah stesen janakuasa baru di Pasir Gudang, iaitu Southern Power Generation (SPG) dengan kapasiti 1,440MW.

Jumlah kapasiti penjanaan di Semenanjung Malaysia kini telah mencapai hampir 26,000MW, tetapi kapasiti permintaan harian tidak melebihi 17,000MW[JC1] .

Maka, jumlah kapasiti stesen janakuasa berlebihan yang dikenali sebagai kadar rizab margin elektrik adalah sebanyak 35%.

Kadar rizab margin elektrik optimum untuk Semenanjung Malaysia adalah 15%.

Menurut laporan Suruhanjaya Tenaga (ST), kadar rizab margin eelektrik akan mencapai 48% ataupun 3 kali ganda lebih tinggi daripada kadar optimum sebelum akhir tahun 2021.

Memiliki kadar rizab margin elektrik yang tinggi akan membebankan rakyat dan negara.

Keadaan ini menyebabkan pemegang saham stesen janakuasa akan menerima bayaran tetap walaupun stesen janakuasa tidak digunakan.

Rakyat dan perniagaan kecil terpaksa membayar keuntungan pemegang saham melalui tarif elektrik masing-masing

Kerajaan juga telah memberikan kelulusan untuk memulakan pembinaan stesen janakuasa elektrik bernilai RM3.3billion di Pulau Indah, Selangor.

Kebanyakan jentera dan peralatan yang digunakan dalam stesen janakuasa diimport dari luar negara bernilai berbilion-bilion ringgit.

Pengaliran keluar mata wang asing untuk stesen janakuasa yang tidak digunakan akan melemahkan ekonomi negara.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada kerajaan untuk menghentikan pembinaan stesen janakuasa bahan api fosil baru yang membebankan rakyat dan negara.

==========

Sharan Raj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Alam Sekitar & Krisis Iklim PSM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *