Demokrasi di Peru sedang diancam kerana ahli politik berhaluan kanan yang kalah dalam Pilihanraya Presiden di negara Amerika Selatan itu cuba meniru gelagat Donald Trump dan hendak mengubah keadaan kekalahannya dengan taktik anti-demokratik yang kotor.
Sime Darby cuba potong bekalan air pekerja ladang semasa lockdown
PSM Negeri Sembilan mengecam cubaan memotong bekalan air kepada pendududuk Ladang Kirby semasa lockdown.
Masyarakat sivil gesa PM hentikan operasi penangkapan warga asing tanpa dokumen dan fokus pada matlamat kawal penularan wabak COVID-19
Forum Kesihatan Rakyat mengemukakan satu petisyen yang disokong oleh 81 buah organisasi kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dengan seruan kepada pihak Kerajaan supaya menghentikan operasi penangkapan warga asing tanpa dokumen yang sebenarnya tidak membantu dalam mengawal penularan wabak COVID-19.
Adakah kilang Infineon (Melaka) mengingkari arahan KKM?
Pemberian kelulusan beroperasi ketika “Lockdown Penuh” kepada Infineon boleh menggagalkan usaha membendung penularan COVID-19.
Planet mendahului keuntungan – Hanya satu Bumi
Menghentikan barbarisme kapitalis merupakan tugas utama zaman kita. Kita perlu menamatkan dominasi modal terhadap kehidupan demi mewujudkan sebuah dunia yang adil, egalitarian dan bersemangat, agar kita semua dapat hidup dengan baik dan aman.
Golongan terkaya di Malaysia 14% lebih kaya, bagaimana pula dengan rakyat biasa?
50 orang bilionair (semuanya lelaki) yang terkaya di Malaysia dalam senarai Forbes pada ketika ini telah mencatatkan peningkatan jumlah kekayaan mereka sebanyak 14% berbanding tahun yang lalu, walaupun ekonomi negara kita telah mengecut sebanyak 5.6% pada tahun 2020.
Pastikan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah diutamakan dalam vaksinasi bersama guru di sekolah
Pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di sekolah harus disenaraikan sebagai penerima vaksin dengan secepat mungkin, dan diiktiraf sebagai barisan hadapan pada ketika negara kita sedang berdepan dengan pandemik.
Lockdown separuh masak dan bantuan tidak cukupi
Tanpa moratorium automatik untuk B40 dan M40, moratorium kutipan sewa tempat tinggal dan bantuan kewangan yang secukupnya setiap bulan, tempoh PKP ini hanya akan membebankan rakyat dan golongan pekerja negara kita. Inilah realiti kehidupan rakyat hari ini.
Tolak Apartheid Vaksin
Jika kita membenarkan negeri-negeri yang lebih kaya untuk memperoleh vaksin secara sendiri, bagaimana pula dengan negeri-negeri yang lebih miskin dalam Persekutuan Malaysia? Adakah nyawa rakyat di negeri-negeri lebih miskin itu kurang bernilai berbanding dengan penduduk-penduduk di Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak?
Perlunya pastikan lockdown tidak membebankan rakyat
Beberapa pendekatan harus diambil oleh pihak kerajaan supaya perintah kawalan gerakan ini tidak membebankan rakyat negara kita.
