Siri aktiviti ketengah suara MARHAEN

Gabungan Marhaen (MARHAEN) akan mengadakan satu siri aktiviti atas talian 6 hari berturut-turut, dari 12 hingga 17 Oktober 2021, untuk mengetengahkan keluhan masyarakat akar umbi dan tuntutan rakyat untuk pembaharuan sosial yang boleh menjamin kesejahteraan bersama. (Daftar untuk menyertai Himpunan Marhaen 2021 di sini.) Pengumuman siri aktiviti yang dikenali sebagai “Himpunan Marhaen 2021” ini dibuat … Continue reading Siri aktiviti ketengah suara MARHAEN

Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar

“Setiap revolusi bermakna perubahan secara mendadak dalam kehidupan sejumlah besar rakyat. Selagi masa belum lagi matang untuk perubahan sebegini, tiada revolusi yang sebenar akan berlaku. Seperti mana-mana perubahan dalam kehidupan seseorang individu mengajarnya tentang pelbagai perkara dan membawa pengalaman yang kaya dan tekanan emosi yang hebat, maka revolusi mengajar seluruh rakyat pelajaran yang sangat kaya … Continue reading Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar

Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal

Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.