Tarikh baharu bagi Kongres Nasional PSM telah ditetapkan pada 21 hingga 23 Ogos 2026.
EXCO Sumber Manusia Kerajaan Negeri Perak tidak harus berat sebelah
Kesatuan Perkhidmatan Pembersihan Hospital-Hospital Kerajaan amat kesal dengan rentetan kenyataan media secara unilateral yang dikeluarkan oleh Exco Sumber Manusia Perak yang dilihat berat sebelah, mengecewakan, dan cuba memperkecilkan aduan rasmi pekerja serta pihak Kesatuan.
Tiga anak muda direman, seorang Ketua SPRM korup bebas? Bebaskan aktivis MANDIRI sekarang!
Bebaskan aktivis MANDIRI dengan segera! Azam Baki wajib letak jawatan!
Had pendapatan untuk layak PPR dan RSKN Pulau Pinang masih dalam zaman dinosaur
Mengikut syarat kelayakan yang masih digunakan kini, seorang pekerja berpendapatan terendah, seperti pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan, tidak akan layak untuk memohon PPR dan RSKN di Pulau Pinang. Adakah ini masuk akal?
Hari Kesihatan Sedunia 2026: Pertahankan sistem kesihatan awam daripada ancaman pengkomersialan
Hari Kesihatan Sedunia seharusnya menjadi peringatan bahawa kesihatan ialah hak, bukan komoditi. Negara kita mesti memilih sama ada untuk memperkukuhkan sistem berasaskan solidariti sosial, atau membenarkan sistem dua lapis yang meminggirkan golongan majoriti.
Segerakan pelaksanaan perlindungan PERKESO 24 jam: Jangan tangguhkan hak pekerja!
Dari sudut dasar kerajaan, perlindungan 24 jam bukan hanya soal kebajikan, tetapi cara untuk melindungi rakyat daripada risiko kewangan apabila berlaku kemalangan atau kecederaan. Negara yang mempunyai sistem perlindungan sosial yang kukuh biasanya lebih cepat memulihkan keadaan ekonomi selepas krisis, kerana keluarga pekerja masih mempunyai sumber pendapatan walaupun pencari nafkah mengalami kecederaan atau hilang upaya.
PSM bantah penahanan aktivis dan penduduk yang pertahankan rumah berpenghuni Kampung Jalan Papan
PSM mengecam penahanan aktivis dan penduduk yang mempertahankan rumah penduduk Kampung Jalan Papan daripada diroboh tanpa penyelesaian adil.
Perhimpunan rakyat untuk keamanan dan keadilan: Tolak Trump!
Kami menyeru semua rakyat Malaysia — tanpa mengira agama, kaum, atau fahaman politik — untuk bersatu menyokong perjuangan rakyat Palestin. Ini adalah tindakan bersama atas nama Solidariti, Keamanan dan Keadilan.
Jangan hampakan lagi wanita dan kanak-kanak perempuan: Iktiraf femisid sekarang juga!
Mengiktiraf femisid dalam undang-undang negara adalah langkah penting untuk memastikan kerajaan supaya boleh memantau corak kejadian, mengeluarkan data rasmi serta memperuntukkan dana yang sewajarnya untuk mencegah kes sebegini dan melindungi orang ramai daripada keganasan berasaskan jantina.
RUU Perolehan Kerajaan beri kuasa berlebihan kepada Menteri dan buka ruang lebih lanjut kepada kronisme
JPKK menyeru Dewan Negara supaya mengkehendakkan Dewan Rakyat untuk menilai semula RUU Perolehan Kerajaan 2025.
