Perlindungan sosial lebih meluas diperlukan untuk selamatkan keluarga miskin daripada belenggu COVID-19

(sumber gambar: UNICEF Malaysia) Penularan wabak COVID-19 telah membawa impak yang besar kepada kehidupan masyarakat kita, dan yang paling terjejas ialah golongan berpendapatan rendah. Sebuah kajian yang dilakukan secara bersama oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) mendapati bahawa keadaan sosio-ekonomi separuh daripada isi rumah berpendapatan rendah di … Continue reading Perlindungan sosial lebih meluas diperlukan untuk selamatkan keluarga miskin daripada belenggu COVID-19

Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu

“Kesihatan atau ekonomi? Kerajaan Pusat di Putrajaya nampaknya sedang teragak-agak dalam membuat keputusan sama ada meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Februari 2021 atau tidak, kerana angka jangkitan COVID-19 masih berada sekitar 3000-5000 kes baru setiap hari. Adalah jelas bahawa kita harus mengutamakan kesihatan berbanding ekonomi. Namun jika PKP perlu dipanjangkan lagi untuk membendung … Continue reading Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu

3 Cara untuk wujudkan 30,000 pekerjaan

oleh Sharan Raj Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang diwujudkan oleh Perikatan Nasional (PN) telah menyatakan akan mewujudkan 500,000 pekerjaan dengan memberikan lebih insentif kepada pelabur asing. Kenyataan Pemuda UMNO Shahril Hamdan bahawa Malaysia tidak mampu bersaing dengan negara yang menawarkan gaji rendah harus diambil berat. Di samping itu, kapitalis antarabangsa enggan melabur kerana ketiadaan permintaan … Continue reading 3 Cara untuk wujudkan 30,000 pekerjaan

Perspektif alternatif dalam menangani masalah pengangguran belia

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pengangguran belia pada kadar 13.1% adalah satu statistik yang amat membimbangkan. Pemuda PSM berpendapat bahawa perlunya satu anjakan paradigma dalam menangani masalah dalam sistem pendidikan dan peluang pekerjaan di Malaysia. Pemuda PSM tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh ahli-ahli politik yang lain (tua mahupun muda) yang sering menyalahkan belia di negara ini … Continue reading Perspektif alternatif dalam menangani masalah pengangguran belia

Tanggungjawab Menteri bukannya suruh pekerja terima gaji rendah

oleh M. Sivaranjani Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan yang menyarankan kepada pekerja bahawa “lebih baik kita ada peluang pekerjaan dengan gaji yang rendah daripada tiada kerja". Kenyataan ini akan memberanikan lagi majikan untuk menekan gaji pekerja padahal pemotongan gaji sudah pun berlaku secara berleluasa sekarang. PSM … Continue reading Tanggungjawab Menteri bukannya suruh pekerja terima gaji rendah

Menteri Sumber Manusia patut fokus pada pengwujudan kerja, bukan paksa rakyat ambil apa jua kerja yang ada

oleh Arveent Karthirtchelvan Menteri Sumber Manusia M. Saravanan baru-baru ini menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu mengubah corak pemikiran mereka dan menerima apa-apa pekerjaan yang ada untuk mengatasi masalah kadar pengangguran yang semakin meningkat. Pemuda PSM menyangkal kenyataan yang tidak bertanggungjawab, berfikiran sempit serta berdasarkan idea kuno ini. Terdapat beberapa sebab Pemuda PSM mempertikaikan kenyataan ini. … Continue reading Menteri Sumber Manusia patut fokus pada pengwujudan kerja, bukan paksa rakyat ambil apa jua kerja yang ada

COVID-19: Cara untuk Malaysia maju ke hadapan

oleh Dr Jeyakumar Devaraj Masyarakat manusia sedang melalui satu tempoh yang luar biasa. Pandemik COVID-19 telah menundukkan ekonomi global. Corak hidup kepenggunaan yang biasa telahpun diterbalikkan. Kita boleh menjangkakan kemelesetan ekonomi yang teruk untuk tahun ini dan juga tahun hadapan. Sebilangan pakar ekonomi mengatakan ini mungkin akan menjadi seburuk Zaman Meleset (Great Depression) yang melanda dari penghujung tahun 1920-an … Continue reading COVID-19: Cara untuk Malaysia maju ke hadapan