Teras 1 untuk pelan tindakan alternatif “Pemulihan Nasional: Haluan Baru untuk Malaysia” yang diperkenalkan oleh PSM mencadangkan pemerkasaan perlindungan sosial.
Skim Jaminan Pendapatan Asas RM1,000 sebulan kepada keluarga yang hilang punca pendapatan akibat COVID-19
PSM mencadangkan pelaksanaan Skim Jaminan Pendapatan Asas kepada mereka yang hilang kerja dan tiada apa-apa sumber bantuan yang lain.
“Permintaan Rakyat Mudah Je”: PSM lancar cadangan pelan tindakan alternatif untuk pemulihan nasional
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengemukakan ideanya untuk pelan tindakan alternatif “Pemulihan Nasional: Haluan Baru untuk Malaysia” dengan mencadangkan pembaharuan penting yang meliputi aspek penting seperti perlindungan sosial, jaminan kerja, perkhidmatan kesihatan, perumahan dan keadilan iklim.
Mana dia program sokongan rakyat?
Pemuda Sosialis berpendapat bahawa perlu adanya program sokongan untuk kejadian sebegini supaya akses rakyat kepada keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, air, makanan, elektrik dan internet tidak terjejas.
Keluarga B20 perlukan program sokongan pendapatan bersasar
Adalah tidak berguna hanya sekadar melaungkan “kita jaga kita” sekiranya kita tidak menangani realiti bahawa PKP mempengaruhi lapisan masyarakat yang berbeza dengan kesan yang berbeza. Kita perlu memastikan bahawa mereka yang paling terjejas oleh PKP diberikan sokongan yang diperlukan oleh mereka.
Malaysia Bekerja: Perkenalkan skim pendapatan asas untuk rangsang ekonomi
(Siri “Malaysia Bekerja” - 1) (Foto: Trinn Suwannapha / World Bank) oleh Sharan Raj Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan menjana 500,000 pekerjaan tanpa polisi kukuh merupakan sebuah gimik politik. Kekurangan pengetahuan mengenai ekonomi rakyat dan penjanaan pekerjaan oleh Zafrul sedang menyebabkan rakyat merana. Pekerjaan wujud apabila … Continue reading Malaysia Bekerja: Perkenalkan skim pendapatan asas untuk rangsang ekonomi
Perlindungan sosial lebih meluas diperlukan untuk selamatkan keluarga miskin daripada belenggu COVID-19
(sumber gambar: UNICEF Malaysia) Penularan wabak COVID-19 telah membawa impak yang besar kepada kehidupan masyarakat kita, dan yang paling terjejas ialah golongan berpendapatan rendah. Sebuah kajian yang dilakukan secara bersama oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) mendapati bahawa keadaan sosio-ekonomi separuh daripada isi rumah berpendapatan rendah di … Continue reading Perlindungan sosial lebih meluas diperlukan untuk selamatkan keluarga miskin daripada belenggu COVID-19
Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu
“Kesihatan atau ekonomi? Kerajaan Pusat di Putrajaya nampaknya sedang teragak-agak dalam membuat keputusan sama ada meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Februari 2021 atau tidak, kerana angka jangkitan COVID-19 masih berada sekitar 3000-5000 kes baru setiap hari. Adalah jelas bahawa kita harus mengutamakan kesihatan berbanding ekonomi. Namun jika PKP perlu dipanjangkan lagi untuk membendung … Continue reading Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu
Program bantuan kewangan bersasar diperlukan segera untuk keluarga yang paling terkesan dalam pandemik COVID-19
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Kebanyakan rakyat Malaysia bersetuju bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar oleh Perdana Menteri baru-baru ini adalah sesuatu yang perlu untuk membendung lonjakan kes jangkitan baru COVID-19 yang berbahaya kini. Namun begitu, kita harus sedar bahawa lebih kurang 10-15% keluarga di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sabah sedang menghadapi masalah aliran … Continue reading Program bantuan kewangan bersasar diperlukan segera untuk keluarga yang paling terkesan dalam pandemik COVID-19
Langkah-Langkah tambahan diperlukan untuk PKP
oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis mengalu-alukan keputusan kerajaan di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan di 6 negeri setelah bilangan kes mencecah angka 4-digit setiap hari kebelakangan ini. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa perlu ada program-program sokongan rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini supaya rakyat tidak dibebankan. 1. Pemuda Sosialis telah lama menyarankan dan menggesa … Continue reading Langkah-Langkah tambahan diperlukan untuk PKP