Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu

“Kesihatan atau ekonomi? Kerajaan Pusat di Putrajaya nampaknya sedang teragak-agak dalam membuat keputusan sama ada meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas 4 Februari 2021 atau tidak, kerana angka jangkitan COVID-19 masih berada sekitar 3000-5000 kes baru setiap hari. Adalah jelas bahawa kita harus mengutamakan kesihatan berbanding ekonomi. Namun jika PKP perlu dipanjangkan lagi untuk membendung … Continue reading Skim berbentuk UBI diperlukan pada ketika ekonomi tidak menentu

Langkah-Langkah tambahan diperlukan untuk PKP

oleh Gandipan Nantha Gopalan Pemuda Sosialis mengalu-alukan keputusan kerajaan di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan di 6 negeri setelah bilangan kes mencecah angka 4-digit setiap hari kebelakangan ini. Pemuda Sosialis berpendapat bahawa perlu ada program-program sokongan rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini supaya rakyat tidak dibebankan. 1. Pemuda Sosialis telah lama menyarankan dan menggesa … Continue reading Langkah-Langkah tambahan diperlukan untuk PKP

Kenapa kacau simpanan hari tua pekerja?

Semasa membentangkan Belanjawan 2021 yang bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” pada 6 November 2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, “… yang saya pasti dinanti-nantikan, Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan. Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang … Continue reading Kenapa kacau simpanan hari tua pekerja?

Ada apa dengan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)?

Dalam keadaan krisis ekonomi yang membawa kepada pengangguran dan kehilangan pendapatan secara meluas dalam masyarakat, sehingga wujudnya kemungkinan semakin ramai orang tidak mempunyai punca pendapatan tetap untuk mendapatkan makanan yang mencukupi, UBI semakin menjadi satu topik perbincangan hangat sebagai solusi kepada masalah ini. UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek … Continue reading Ada apa dengan Pendapatan Asas Sejagat (UBI)?

Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Sungai Yangtze atau Sungai Panjang di China, sungai terpanjang di benua Asia, mengalir melalui satu tempat yang sebegini di wilayah Hubei yang terletak di bahagian tengah Tanah Besar China: Di tebing barat laut Sungai Yangtze, terdapat sebuah tempat bernama Hanyang, yang pernah menjadi pusat perindustrian yang penting di China, di mana kilang senjata Hanyang yang … Continue reading Koronavirus, kegawatan, krisis dan kapitalisme

Apa rasional hentikan Bantuan Sara Hidup kepada ibu tunggal? (Surat terbuka kepada Menteri Kewangan)

oleh Dr Jeyakumar Devaraj Kami di Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat mengalu-alukan pelaksanaan Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) kerana ia merupakan satu cara yang berkesan untuk menangani realiti di mana negara Malaysia sedang terperangkap dalam sistem ekonomi antarabangsa yang menekankan gaji pekerja biasa kita ke paras yang terlalu rendah. Pekerja-pekerja kita hanya dibayar gaji sebanyak … Continue reading Apa rasional hentikan Bantuan Sara Hidup kepada ibu tunggal? (Surat terbuka kepada Menteri Kewangan)

Erik Olin Wright (1947-2019): Pemikir yang ilhamkan utopia sebenar

“Apa yang paling baik boleh kita lakukan, adalah menganggap perjuangan untuk menggerakkan pemberdayaan sosial sebagai proses eksperimental di mana kita menguji dan menguji semula secara berterusan had-had kemungkinan, dan mencuba sebaik mungkin kita untuk mencipta institusi baru yang akan memperluaskan had-had itu sendiri. Dengan demikian, kita bukan sahaja membayangkan utopia-utopia yang nyata, tetapi menyumbang kepada … Continue reading Erik Olin Wright (1947-2019): Pemikir yang ilhamkan utopia sebenar

UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Pernahkah anda dengar tentang UBI? UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek yang kita makan, tetapi singkatan Bahasa Inggeris kepada sejenis perlindungan sosial yang dikenali sebagai “Pendapatan Asas Universal” (Universal Basic Income), ataupun “Pendapatan Asas Tanpa Syarat” (Unconditional Basic Income). Di bawah sistem “Pendapatan Asas Universal” (UBI), setiap orang … Continue reading UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?