Perang Hibrib, oleh Daniela Ruggeri (Argentina), Tricontinental: Institute for Social Research

Siri Keempat Pameran Poster Anti-Imperialis Atas Talian anjuran Minggu Perjuangan Anti-Imperialis Antarabangsa bersama dengan Tricontinental: Institute for Social Research telah dilancarkan pada 3 Disember 2020.

Edisi terakhir dalam siri Pameran Poster Anti-imperialis ini membawa tema “Perang Hibrid”. Ia menampilkan sumbangan poster daripada 30 orang artis dari 18 buah negara.

Perang hibrid boleh wujud dalam pelbagai bentuk, dan bukan mudah untuk menunjukkannya secara visual. Ia boleh merupakan sekatan perdagangan, pelemasan kewangan ataupun halangan terhadap kemasukan ubat-ubatan penting ke dalam sebuah negara. Ia juga boleh diterjemah dalam bentuk berita palsu, perang media atau sekatan diplomatik. Ia juga melibatkan hasutan untuk melakukan kegasanan, pembunuhan secara terancang dan sabotaj terhadap perkhidmatan penting. Poster-poster yang dipamerkan ini membantu menyampaikan ekspresi visual untuk menerangkan konsep yang menentukan zaman kita ini, memperdalamkan pemahaman kita tentangnya dan memberi inspirasi kepada perlawanan rakyat.

Pameran ini dilancarkan sebagai solidariti bersama dengan rakyat Venezuela yang mengundi dalam Pilihanraya Parlimen mereka pada 6 Disember 2020. Negara Venezuela dan rakyatnya telah berjuang habis-habisan untuk menentang perang hibrid penuh kekejaman yang dilancarkan oleh kuasa imperialis pimpinan Amerika Syarikat terhadap mereka. Poster-poster ini menjadi testimoni untuk perjuangan rakyat melawan imperialisme.

Koleksi lengkap untuk poster-poster dalam siri ketiga yang bertemakan “Imperialisme” ini boleh dimuat turun melalui pautan ini.

Berikut ialah sebahagian daripada poster-poster yang dipamerkan dalam “’Perang Hibrid” – Pameran Atas Talian Poster Anti-Imperialis yang keempat:

Poster oleh Jorge Luis Rodríguez-Aguilar (Kuba), Academia Nacional de Bellas Artes San Alejandro. La Habana
Papan catur, oleh Andrea Busi (Itali)
Armed to the teeth (membawa banyak senjata), oleh Ramchandran Viswanathan (India)
Makan, oleh Jorge Gonzalez Morales (Mexico)
“El Dios dinero” (Tuhan wang), oleh Zaira Desiré Coronel (Argentina), “El Grito”
Imperialisme AS ialah penghisap darah rakyat dan perampas harta mereka, oleh Suhail Al-Ali (Palestin – pelarian di Lubnan)
Raksasa Hibrid, oleh Midhun Puthupattu (India), Dastak Delhi University
Peperangan informasi, oleh Choo Chon Kai (Malaysia)
Berita palsu dan pertempuran idea, oleh Gabrielle Sodré (Brazil)
Perang hibrid (ekonomi), oleh Gabriel Martínez y Sonia Díaz (Sepanyol), Un Mundo Feliz
Perang hibrid, oleh Túlio Carapiá e Clara Cerqueira (Brazil)
Ubat palsu untuk demokrasi yang gagal, oleh Michelle Sayles (Amerika Syarikat)
Media perang, oleh César Mosquera (Venezuela), Utopix

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *