20190913-71111551_386250842056398_4324088059030142976_n.jpgGEORGETOWN, PULAU PINANG – 13 SEPTEMBER 2019: Karthiges dan Nathan, dua orang yang cuba mempertahankan rumah penduduk miskin daripada pengusiran paksa di unit rumah PPR Padang Tembak tetapi ditangkap pada tahun lalu, telah menang dan dibebaskan daripada pertuduhan pada hari ini oleh Mahkamah Majistret Georgetown.

Setelah meneliti semakan terhadap saksi dan bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya, Majistret Eric Lau mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka yang tertuduh, maka memutuskan untuk membebaskan kedua-dua orang yang tertuduh daripada segala pertuduhan.

Karthiges a/l Rajamanickam (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM merangkap Ketua Biro Perumahan PSM) dan Nathan a/l Munusamy (rakan kepada salah seorang penduduk PPR yang diusir), ditangkap pada 5 Jun 2018 semasa mereka cuba membela penduduk PPR Padang Tembak yang menghadapi pengusiran paksa pada masa itu. Mereka ditangkap di hadapan unit rumah PPR yang dihuni oleh penduduk bernama Mahathir bin Hajah Mydeen, hanya kerana cuba berunding dengan pegawai penguatkuasaan daripada Bahagian Perumahan Kerajaan Pulau Pinang untuk menangguhkan penguncian rumah dan pengusiran. Ketika itu adalah bulan puasa dan para penduduk telah cuba banyak kali untuk bertemu dengan Exco Kerajaan Pulau Pinang tetapi gagal. Mereka yang ditangkap dibebaskan dengan jamin polis pada malam yang sama pada hari itu. Karthiges dan Nathan kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret Jenayah Georgetown pada 4 Julai 2018, di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu pertuduhan menghalang penjawat awam.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) pernah menyerahkan satu memorandum kepada Jabatan Peguam Negara pada 28 Mei 2019, untuk meminta pada Peguam Negara Tommny Thomas supaya menggugurkan pendakwaan terhadap Karthiges dan Nathan, atas sebab-sebab termasuk proses pendakwaan tersebut sebenarnya membazir tenaga pihak pendakwaraya dan sumber sistem kehakiman negara. Namun, Jabatan Peguam Negara telah menolak representasi tersebut tanpa memberikan sebab-sebab selanjutnya dan meneruskan pendakwaan terhadap dua orang yang tertuduh.

Setelah beberapa kali sebutan kes, perbicaraan kes ini telah berlangsung pada 9 Mei 2019, 10 Mei 2019, 9 Julai 2019, 22 Julai 2019 dan 31 Julai 2019. Seramai 4 orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan di mahkamah berkenaan kes ini, iaitu pegawai daripada Unit Penguatkuasaan dan Strata Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang yang mengetuai operasi penyitaan rumah pada 5 Jun 2018, pegawai daripada Bahagian Perumahan yang merakamkan video dengan telefon pintarnya pada hari kejadian, pegawai penyiasat kes ini daripada pihak polis dan pegawai polis yang menjalankan penangkapan.

Keterangan daripada kedua-dua saksi daripada Bahagian Perumahan Pulau Pinang yang menjalankan operasi penyitaan rumah pada 5 Jun 2018, telah menyatakan dengan jelas bahawa Karthiges dan Nathan tidak bertindak keras atau melakukan apa-apa keganasan terhadap sesiapa sepanjang proses mereka cuba berunding dengan pegawai penguatkuasa yang cuba mengunci rumah penduduk PPR yang diusir pada masa itu. Sementara penyemakan terhadap Pegawai Penyiasat pula mendapati bahawa Pegawai Penyiasat tidak memanggil saksi-saksi yang penting untuk merekodkan keterangan. Apabila ditanya oleh peguam kenapa tidak memanggil kakak kepada penghuni yang diusir yang agak menonjol dalam video rakaman yang diserahkan sebagai bukti untuk mendapatkan keterangan, Pegawai Penyiasat tersebut mengatakan bahawa keterangan saksi tersebut akan berpihak kepada orang yang tertuduh, maka tidak memanggilnya. Pihak pembelaan telah berhujah bahawa ini menunjukkan bahawa penyiasatan tidak dilakukan secara sempurna sebelum pendakwaan dibuat.

20190913-69987284_922112934810907_5467914987567579136_n
Karthiges (keempat dari kiri) dan Nathan (ketiga dari kiri) bersama dengan peguam bela V. Parthipan (kedua dari kanan), Arafas (keempat dari kanan) dan Presiden ALIRAN Prema Devaraj (pertama dari kanan).

Setelah kes pendakwaan yang berlarutan untuk lebih 14 bulan, Kathiges dan Nathan yang cuba mempertahankan penduduk miskin rumah PPR daripada diusir akhirnya dibebaskan daripada segala pertuduhan.

Karthiges dan Nathan telah diwakili oleh peguam V. Parthipan, Sharmela dan Arafas Abdul Razak. Turut hadir di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini untuk memberikan sokongan ialah wakil daripada Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk ahli-ahli PSM yang datang dari Sungai Siput.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s