Kepincangan pengurusan rumah flat PPR: Kelemahan pengurusan atau akibat menjaga kepentingan kroni?

Oleh kerana tiadanya penyelenggaraan yang sempurna, ada banyak unit kosong dan kadang-kadang kawasan awam pula agak gelap keranan pencerahan yang kurang dan lampu-lampu taman yang rosak. Maka ianya mewujudkan keadaan yang tidak sihat dan PPR sering menjadi sarang penumpuan masalah sosial. Masalah rumah pangsa PPR kini semakin parah pada masa pandemik COVID-19, apabila rakyat diminta duduk di rumah.

Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19

Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19 oleh Biro Perumahan dan Peneroka Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selamat Hari Habitat. Tahun ini merupakan satu tahun yang paling mencabar untuk umat manusia keseluruhannya. Serangan wabak COVID-19 ternyata mengubah landskap dunia hari ini. Hampir semua pergerakan manusia dan alam sekitar terjejas tetapi ternyata manusia sangat kerdil berbanding kekuatan … Continue reading Deklarasi Hari Habitat 2020: Perumahan dan COVID-19

Rakyat miskin dihalau, pemaju rumah dipeluk!- Penyewa PPR bukan culas, hentikan pengusiran paksa

oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam kenyataan kerajaan yang mendakwa bahawa penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) malas dan tidak membayar sewa sehingga mengancam menyenaraihitamkan mereka di bawah Agensi Pelaporan Kredit (CRA) termasuk CTOS. Kenyataan sebegini tidak berprihatin pada golongan masyarakat miskin, lebih-lebih lagi pada masa pandemik sekarang ini. Pada masa yang sama, kerajaan … Continue reading Rakyat miskin dihalau, pemaju rumah dipeluk!- Penyewa PPR bukan culas, hentikan pengusiran paksa

Beku sewa rumah rakyat miskin sepanjang tempoh krisis

KUALA LUMPUR - 29 JUN 2020: Jawatankuasa Beku Sewa menyeru pada pihak Kerajaan supaya menggubalkan dasar dan mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pembayaran sewa rumah sepanjang tempoh masa berlakunya krisis pendemik COVID-19 terkini. Seruan tersebut dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan oleh Jawatankuasa Beku Sewa pada hari ini. … Continue reading Beku sewa rumah rakyat miskin sepanjang tempoh krisis

Impak COVID-19 kepada perumahan rakyat – Adakah harga rumah akan jatuh?

oleh Karthiges Rajamanickam Beberapa hari yang lalu, akhbar The Star melaporkan bahawa harga rumah atau hartanah akan jatuh selepas pandemik COVID-19 ini dan mereka yang ingin membeli akan untung. Perspektif daripada pemaju ini juga menjangkakan lebih ramai pemilik hartanah akan menjual dengan harga murah dan memberi impak positif kepada pembeli baru. Persoalan yang wujud di sini adalah, adakah harga rumah sebelum pandemik … Continue reading Impak COVID-19 kepada perumahan rakyat – Adakah harga rumah akan jatuh?

Bazir masa! Gagal buktikan kesalahan masih rayu di mahkamah tinggi!

Pihak pendakwaraya yang gagal membuktikan kes prima facie terhadap Karthiges dan Nathan, dua orang yang ditangkap pada tahun lalu semasa mempertahankan rumah penduduk miskin daripada pengusiran paksa di unit rumah PPR Padang Tembak, telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sebutan kes untuk pendengaran rayuan kes ini telah ditetapkan pada 9 Januari 2020 yang akan … Continue reading Bazir masa! Gagal buktikan kesalahan masih rayu di mahkamah tinggi!

Aktivis anti-pengusiran dibebaskan dari pertuduhan

GEORGETOWN, PULAU PINANG – 13 SEPTEMBER 2019: Karthiges dan Nathan, dua orang yang cuba mempertahankan rumah penduduk miskin daripada pengusiran paksa di unit rumah PPR Padang Tembak tetapi ditangkap pada tahun lalu, telah menang dan dibebaskan daripada pertuduhan pada hari ini oleh Mahkamah Majistret Georgetown. Setelah meneliti semakan terhadap saksi dan bahan bukti yang dikemukakan … Continue reading Aktivis anti-pengusiran dibebaskan dari pertuduhan

Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!

oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menggantikan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan Program Perumahan Malaysia (PPM) yang berniat untuk melibatkan pemodal swasta dalam menyediakan rumah kepada rakyat marhaen. Petikan daripada laporan akhbar pada 6 September 2019 menyatakan bahawa kaedah perlaksanaan PPM  adalah melalui 'request for … Continue reading Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!

Rumah mampu milik – antara hak rakyat dan keuntungan pemaju

  oleh Karthiges Rajamanickam Merujuk kepada laporan akhbar The Star dan The Sun Daily bertarikh 9 Oktober 2018, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang mengusahakan projek perumahan mampu milik dan mampu sewa, tetapi bergantung kepada Kerajaan Negeri sama ada mahu memberi tanah untuk projek tersebut atau … Continue reading Rumah mampu milik – antara hak rakyat dan keuntungan pemaju