PSM Pulau Pinang mengemukakan pandangan dan kritikan terhadap Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula).
Kerajaan Pulau Pinang perlu lebih berperikemanusiaan dalam menangani isu PPR
Merespons kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai isu pengusiran penduduk rumah PPR Taman Manggis.
Penduduk Tanjung Bungah tuntut jawapan mengenai cadangan taman awam semula jadi: Pelihara khazanah alam dan dengar suara rakyat dalam pembinaan taman awam
“Ini ialah taman awam, bukannya taman pemaju! Reka bentuk taman awam ini harus melibatkan orang awam. Jika taman awam ini adalah untuk orang awam, maka orang awam harus terlibat dalam proses reka bentuknya.”
Jangan usir penduduk miskin PPR Taman Manggis tanpa alternatif kekal
PSM Pulau Pinang menggesa LPNPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghentikan pengusiran terhadap penduduk miskin di PPR Taman Manggis. Pihak berkuasa harus mempertimbangkan secara teliti rayuan yang telah dikemukakan oleh penduduk-penduduk yang berkenaan.
Had pendapatan untuk layak PPR dan RSKN Pulau Pinang masih dalam zaman dinosaur
Mengikut syarat kelayakan yang masih digunakan kini, seorang pekerja berpendapatan terendah, seperti pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan, tidak akan layak untuk memohon PPR dan RSKN di Pulau Pinang. Adakah ini masuk akal?
Kerajaan Pulau Pinang harus lindungi “Karpal Singh Drive”
Bandar Sri Pinang dan ProtectKarpal menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghentikan projek penambakan dan kitar semula sisa tapak pelupusan secara terbuka di perairan hadapan Persiaran Karpal Singh.
Pengawal keselamatan sekolah di Bukit Mertajam tidak dibayar gaji 3 bulan
24 orang pengawal keselamatan yang bertugas di 6 buah sekolah di kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tidak dibayar gaji selama 3 bulan!
Tidak berperikemanusiaan! – Bantuan warga emas dihentikan atas alasan tinggal di pusat jagaan tidak berlesen
PSM Pulau Pinang amat kecewa dengan tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang yang memberhentikan bayaran bantuan kebajikan bulanan, seperti Bantuan Warga Emas (BWE) dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, kepada beberapa orang atas alasan yang tidak munasabah, iaitu mereka tinggal di pusat jagaan yang tidak berlesen.
PSM Pulau Pinang lancar Pungutan Suara Rakyat mengenai Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang 2023
PSM Pulau Pinang melancarkan Pungutan Suara Rakyat untuk mendapatkan pandangan daripada para pengundi mengenai penglibatan PSM dalam PRN Pulau Pinang dan isu-isu yang harus diberi perhatian dalam PRN Pulau Pinang yang akan datang ini.
Jangan biar tragedi tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus berulang lagi! – Perlu mitigasi segera untuk projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu
Projek pembinaan Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang sedang dilaksanakan pada masa sekarang telah menimbulkan kebimbangan masyarakat madani mengenai keselamatan penduduk di sekitar tapak projek dan potensi kesan buruk terhadap alam sekitar. Tragedi yang meragut nyawa seperti tanah runtuh Granito dan Bukit Kukus mungkin berulang lagi di Pulau Pinang, sekiranya tiada tindakan konkrit diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko kejadian yang mengancam nyawa rakyat dan alam sekitar!
