hospital001.jpg

Walaupun menghadapi pelbagai ancaman dan halangan daripada pihak majikan, pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan yang diupah oleh kontraktor swasta, khususnya pekerja-pekerja pembersihan, telah berjaya mendapat undi majoriti untuk pengiktirafan kesatuan sekerja.

Pengundian sulit untuk pengiktirafan kesatuan sekerja untuk pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, telah diadakan mulai 24 September 2018. Pengundian sulit ini diadakan setelah satu persetujuan tercapai berikutan beberapa perbincangan antara Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia dengan pihak majikan yang terlibat (iaitu Edgenta Mediserve Sdn Bhd dan NS Medik Sdn Bhd) bersama dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).  Satu perjanjian persefahaman (MOU) telah ditandatangan oleh ketiga-tiga pihak (kesatuan, majikan dan JPP) pada 6 September 2018 untuk menguruskan perjalanan pengudian sulit pengiktirafan kesatuan sekerja.

Edgenta Mediserve Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kepada UEM Group yang dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional Berhad, merupakan pemegang konsesi untuk membekalkan perkhidmatan sokongan (termasuk perkhidmatan dobi, pembersihan, penyelenggaraan kejuruteraan, penyelenggaraan kejuruteraan bio-perubatan, pengurusan sisa-sisa dan pengurusan kemudahan) di 32 buah hospital yang terletak di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. NS Medik Sdn Bhd pula ialah kontraktor yang dilantik oleh Edgenta Mediserve untuk pelaksanaan kerja-kerja pembersihan. Pekerja-pekerja pembersihan yang diupah oleh NS Medik Sdn Bhd menghadapi pelbagai masalah.

Pada awalnya apabila proses pengundian sulit dimulakan, pekerja-pekerja menghadapi gangguan dan ugutan daripada pihak majikan, situasi menjadi reda sikit apabila pihak kesatuan membuat aduan kepada JPP. Namun, kesatuan masih menerima aduan daripada pekerja bahawa majikan tidak melepaskan pekerja dari kerjanya untuk keluar mengundi walaupun hanya seketika.

Walau bagaimanapun, kesatuan telah mencatatkan kemenangan pada 30 Oktober 2018, apabila lebih separuh daripada pekerja-pekerja pembersihan yang diupah oleh NS Medik Sdn Bhd telah mengundi untuk kesatuan. Oleh kerana kesatuan telah mendapat majoriti mudah pada peringkat ini, maka kesatuan, majikan dan JPP telah bersetuju untuk menamatkan pengundian lebih awal.

Dengan kemenangan pengundian pengiktirafan kesatuan ini, Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia dapat bergerak selangkah ke hadapan untuk memperjuangkan hak pekerja perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan. Ini hanyalah satu permulaan. Sekiranya pihak majikan masih menggunakan taktik kotor untuk menghalang penubuhan dan pengiktirafan kesatuan, sudah pastinya pekerja-pekerja yang bergabung di bawah kesatuan sekerja akan lawan balik.

Tahniah dan Syabas kepada semua pekerja perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan yang keluar mengundi, khususnya pekerja-pekerja pembersihan yang berani menuntut hak untuk kesatuan sekerja.

Maklumat lanjut: Majikan guna taktik kotor halang pengiktirafan kesatuan pekerja hospital

41252303_883307245193891_4914039213415989248_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s