Jika kerajaan benar-benar serius untuk menaikkan lantai gaji, maka pada masa yang sama perlu dipastikan bahawa pekerja tidak kehilangan lantai keterjaminan pekerjaan.
Mengapa kenaikan gaji tahunan minimum pekerja pembersihan hospital hanya RM20 dan masih tertakluk kepada penilaian?
RM1,700 mungkin gaji minimum. Tetapi bagi sebuah syarikat GLC yang disokong wang awam, RM20 setahun bersyaratkan penilaian prestasi bukanlah satu bentuk kenaikan yang mencerminkan keadilan sosial mahupun penghargaan sebenar kepada pekerja barisan hadapan hospital kita.
Pekerja kilang Panasonic Automotive Systems berpiket tuntut rundingan perjanjian kolektif segera
Kesatuan Sekerja Industri Elektronik (EIEU) Wilayah Utara Semenanjung Malaysia berpiket di hadapan kilang Panasonic Automotive Systems Malaysia Sdn Bhd (PASMY) untuk berprotes terhadap tindakan pihak majikan yang sengaja melambat-lambatkan proses rundingan perjanjian kolektif.
Pekerja Infineon Kulim tuntut CA baru yang lebih baik
KULIM, KEDAH - 10 MAC 2020: Jalan buntu dalam perundingan untuk perjanjian bersama (CA) antara kesatuan sekerja dengan majikan di kilang Infineon Technologies yang terletak di Kulim, Kedah, telah dibuka semula selepas ratusan pekerja turun beraksi di hadapan kilang tersebut untuk mempertahankan hak mereka. Pekerja-pekerja di kilang Infineon Kulim mengadakan satu aksi piket di hadapan kilang … Continue reading Pekerja Infineon Kulim tuntut CA baru yang lebih baik
Perjanjian kolektif untuk pekerja pembersihan hospital kerajaan dalam rundingan
Pekerja-pekerja pembersihan hospital kerajaan di negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis akan dilindungi perjanjian kolektif yang sedang dirundingkan antara kesatuan sekerja dengan pihak majikan. Pada 19 April 2019, Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia telah mengadakan rundingan kolektif untuk pusingan pertama dengan pihak majikan, NS Medik Sdn Bhd, di Ipoh, … Continue reading Perjanjian kolektif untuk pekerja pembersihan hospital kerajaan dalam rundingan
