4 orang pekerja kawalan keselamatan menang tuntutan mereka di Mahkamah Buruh Ipoh untuk gaji yang tidak dibayar mengikut kadar gaji minimum dengan betul dan perbezaan dalam kiraan bayaran kerja lebih masa (OT).
Minta naik gaji tapi dibuang kerja – Pemandu lori menang kes buruh
Seorang pemandu lori yang dibuang kerja secara tidak sah hanya kerana meminta kenaikan gaji dan pembayaran cuti tahunan yang dipotong tanpa persetujuannya, telah menang kes di Mahkamah Buruh dan majikan diarahkan untuk membayar wang berjumlah lebih RM18 ribu kepadanya.
Mahkamah Tinggi tolak rayuan majikan yang mangsakan pekerja: Hadiah Deepavali kepada pekerja manual yang tuntut hak
Sinar Deepavali yang bermaksud cahaya kemenangan mengatasi kegelapan memang amat bermaknya bagi Paramesparan tahun ini apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan majikan dan mengarahkan pihak majikan untuk membayar kepadanya pampasan sebanyak RM41,161 seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Buruh berserta dengan kos RM3,000.
17 pekerja hotel menang kes pemberhentian tidak sah semasa pandemik COVID-19
17 orang pekerja Hotel Mandarin Court yang diberhentikan kerja secara tidak sah pada tahun 2020, menang kes di Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur pada 30 September 2021, dan pihak syarikat diarahkan untuk membayar pampasan yang sewajarnya kepada semua pekerja berkenaan.
Mahkamah Buruh arahkan majikan bayar gaji OT kepada pengawal keselamatan untuk kerja 12 jam
“Keputusan kes ini akan menjadi panduan kepada semua pengawal keselamatan bahawa mereka harus diberikan bayaran kerja lebih masa (OT) seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955 untuk kerja secara terus selama 12 jam sehari. Elaun tetap RM500 setiap bulan tidak boleh dianggap sebagai kiraan OT. ”
Pekerja operator mesin hilang jari dapat pampasan pemberhentian kerja
KUALA LUMPUR - 20 November 2020: Mahkamah Buruh di Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dalam satu keputusan yang dibuat pada hari ini, memerintahkan syarikat HL Hub Li Engineering Works untuk membayar sebanyak RM22,000 kepada bekas pekerjanya Sarkunum Veloo sebagai penyelesaian untuk pampasan pembuangan kerja. Sarkunum ialah seorang operator mesin yang mengalami kemalangan di … Continue reading Pekerja operator mesin hilang jari dapat pampasan pemberhentian kerja
Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah memutuskan pada 15 Jun 2020 untuk menolak rayuan kes daripada pihak majikan BT Security Services Sdn Bhd, memberikan satu lagi kemenangan kepada warga pekerja. Kes yang diputuskan semalam merupakan kes rayuan yang difailkan oleh syarikat BT Security Services Sdn Bhd pada bulan September 2019 terhadap keputusan Mahkamah Buruh Seremban yang … Continue reading Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban
Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
BANGI, SELANGOR: Pada 12 Mac 2020, Lo Yoon Keong atau lebih dikenali sebagai Ah Keong, menang dalam kes di Mahkamah Buruh Bangi berkenaan isu pembuangan kerja tidak sah terhadapnya oleh pihak majikan. Ini merupakan satu kemenangan kepada seorang pemandu lori yang tidak berpelajaran dan dinafikan jaminan kerja oleh majikannya, Kong Hardware Trading. Ah Keong berjaya mendapat gaji ganti notis dan … Continue reading Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan
oleh S. Arutchelvan Hari ini (20 Februari 2020), saya bersama dengan saudari Paremas Elumalai telah menghadiri satu perbicaraan kes di Mahkamah Buruh Bangi. Namun, pihak majikan untuk kes ini, Kong Hardware Trading, tidak hadir ke perbicaraan dan Pengerusi Mahkmah, Tuan Junaidi, mengarahkan untuk kes dijalankan secara ex-parte. Dalam kes ini, seorang pemandu lori yang bernama Lo Yoon Keong, telah dibuang kerja oleh majikannya tanpa notis secara tiba-tiba dan tanpa sebarang alasan. … Continue reading Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan
Pekerja diberhentikan secara manipulatif menang tuntutan faedah pemberhentian kerja
KUALA SELANGOR - 31 JULAI 2019: Seorang pekerja kilang yang diberhentikan kerja atas manipulasi pihak majikan berjaya mendapat keadilan di Mahkamah Buruh Kuala Selangor apabila pihak majikan diarahkan untuk membayar kepadanya faedah pemberhentian kerja untuk tempoh perkhidmatan terkumpul selama 29 tahun! Chandran a/l Subrayan bekerja sebagai seorang pekerja tetap di Syarikat Roca Sdn Bhd di Bestari … Continue reading Pekerja diberhentikan secara manipulatif menang tuntutan faedah pemberhentian kerja