(Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

Hari cuti pada 1 Mei adalah tidak bermakna sekiranya tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia yang membawa aspirasi pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja dan kesejahteraan bersama. Oleh sebab keadaan penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan di negara kita, maka tahun ini juga tiadanya aksi massa yang besar-besaran. Namun demikian, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi yang bergabung dalam Jawatankuasa … Continue reading (Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia

Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah memutuskan pada 15 Jun 2020 untuk menolak rayuan kes daripada pihak majikan BT Security Services Sdn Bhd, memberikan satu lagi kemenangan kepada warga pekerja. Kes yang diputuskan semalam merupakan kes rayuan yang difailkan oleh syarikat BT Security Services Sdn Bhd pada bulan September 2019 terhadap keputusan Mahkamah Buruh Seremban yang … Continue reading Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban

Bina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM45,000 hingga RM100,000 di Negeri Sembilan

Seremban, Negeri Sembilan: 9 Mei 2019 yang lalu merupakan ulangtahun pertama perubahan pemerintahan di peringkat Persekutuan dan juga di Negeri Sembilan. Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menjalankan Jelajah Kempen “Turunkan Harga Rumah Sekarang” di Negeri Sembilan pada hari itu, ingin mengingatkan pada Kerajaan Pakatan Harapan tentang keperluan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Setelah … Continue reading Bina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM45,000 hingga RM100,000 di Negeri Sembilan

Mahkamah Tinggi Seremban tolak rayuan majikan yang buang pekerja secara tidak sah

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah menolak rayuan daripada satu majikan yang enggan membayar pampasan penamatan kerja kepada pekerjanya yang diberhentikan secara tidak sah. Maheswary dan suaminya Roman, bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport … Continue reading Mahkamah Tinggi Seremban tolak rayuan majikan yang buang pekerja secara tidak sah

Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah

Vanesri Subramaniam ialah seorang pekerja pembersihan yang bekerja di Hospital Kerajaan Port Dickson. Beliau bekerja di sana unutk lebih 20 tahun. Pada masa kini, Vanesri bekerja di bawah majikan baru, Panoramax Development Sdn Bhd, dengan kontrak selama 2 tahun. Disebabkan masalah kesihatannya, Vanesri pernah mengambil cuti sakit beberapa kali dan doktor pernah memberi satu surat … Continue reading Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah