Seorang pemandu lori yang dibuang kerja secara tidak sah hanya kerana meminta kenaikan gaji dan pembayaran cuti tahunan yang dipotong tanpa persetujuannya, telah menang kes di Mahkamah Buruh dan majikan diarahkan untuk membayar wang berjumlah lebih RM18 ribu kepadanya.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan majikan yang enggan iktiraf pemandu lori sebagai pekerja
KUALA LUMPUR – 28 MAC 2021: Hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak bantahan awal oleh syarikat Perwakilan Cekap Sdn Bhd yang cuba menafikan dua orang pemandu lori yang memfail kes tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja itu pekerjanya. Dalam penghakiman yang disampaikan secara atas talian pada hari ini, Hakim Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh … Teruskan membaca Mahkamah Tinggi tolak permohonan majikan yang enggan iktiraf pemandu lori sebagai pekerja
Pemulihan kerja untuk pemandu lori yang dibuang kerja secara terancang
Seorang pemandu lori yang tidak diberi kerja dan gaji untuk 3 bulan mendapat pembelaan di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) setelah membuat aduan mengenai pemberhentian kerja secara terancang oleh majikannya.
Majikan enggan iktiraf pemandu lori sebagai pekerja – Mahkamah Tinggi KL akan putuskan pada 28 Mac 2022
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memberikan keputusan pada 28 Mac 2022 mengenai kes syarikat Perwakilan Cekap Sdn Bhd yang enggan mengiktiraf dua orang pemandu lori sebagai pekerja.
268 pemandu lori dapat balik tunggakan caruman KWSP RM2.6 juta
Dalam satu penghakiman persetujuan yang dicapai di Mahkamah Tinggi Ipoh, syarikat Hong Heng Transport bersetuju untuk membayar semua baki caruman KWSP berjumlah RM2,638,595 kepada 268 orang pemandu lori.
Hapuskan penindasan pekerjaan untuk hentikan salah guna dadah oleh pemandu lori
Pemandu kenderaan berat terpaksa bekerja lebih masa termasuk pada hujung minggu untuk memperolehi gaji cukup sara hidup. Jangka waktu kerja panjang memerlukan pemandu untuk mengekang masa tidur dan rasa penat. Methamphetamine dan Amphetamine mengurangkan keperluan rasa mengantuk dan penat tetapi mengurangkan pertimbangan dan respon yang menyebabkan kemalangan jalan raya.
Pemandu lori menang kes mahkamah: Majikan yang gagal bayar caruman KWSP tidak boleh tuntut bayaran daripada pekerja
Seorang pemandu lori menang dalam kes saman oleh majikan terhadapnya di Mahkamah Majistret Kampar, berkenaan dengan tuntutan baki caruman KWSP yang gagal dibayar oleh majikan itu sendiri.
Majikan tipu pekerja: Dapat bantuan subsidi upah tetapi tidak bayar dengan betul
oleh Rani Rasiah Pemandu lori yang bekerja dengan sebuah syarikat pengangkutan, TKSC Sdn Bhd, yang terletak di Chemor, Perak, menghadapi kesusahan akibat tidak mendapat gaji untuk tempoh dari 19 Mac hingga 4 Mei 2020. Seperti perniagaan yang lain, syarikat ini juga terpaksa tutup untuk tempoh tersebut kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan untuk mengawal penyebaran wabak COVID-19. Pemandu-pemandu lori … Teruskan membaca Majikan tipu pekerja: Dapat bantuan subsidi upah tetapi tidak bayar dengan betul
Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
BANGI, SELANGOR: Pada 12 Mac 2020, Lo Yoon Keong atau lebih dikenali sebagai Ah Keong, menang dalam kes di Mahkamah Buruh Bangi berkenaan isu pembuangan kerja tidak sah terhadapnya oleh pihak majikan. Ini merupakan satu kemenangan kepada seorang pemandu lori yang tidak berpelajaran dan dinafikan jaminan kerja oleh majikannya, Kong Hardware Trading. Ah Keong berjaya mendapat gaji ganti notis dan … Teruskan membaca Pemandu lori menang kes di Mahkamah Buruh Bangi
Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan
oleh S. Arutchelvan Hari ini (20 Februari 2020), saya bersama dengan saudari Paremas Elumalai telah menghadiri satu perbicaraan kes di Mahkamah Buruh Bangi. Namun, pihak majikan untuk kes ini, Kong Hardware Trading, tidak hadir ke perbicaraan dan Pengerusi Mahkmah, Tuan Junaidi, mengarahkan untuk kes dijalankan secara ex-parte. Dalam kes ini, seorang pemandu lori yang bernama Lo Yoon Keong, telah dibuang kerja oleh majikannya tanpa notis secara tiba-tiba dan tanpa sebarang alasan. … Teruskan membaca Penindasan kelas tidak mengira kaum – satu catatan Arutchelvan