Poland: Undang-undang anti-wanita mencetus gelombang protes hebat

(Foto: Krzysztof Kaniewski / ZUMA Wire) Satu gelombang protes yang hebat sedang melanda seluruh negara Poland selepas mahkamah perlembagaan negara itu memutuskan pada 22 Oktober 2020 untuk memperketatkan lagi undang-undang mengenai pengguguran kandungan di Poland, sehingga hampir semua kes pengguguran boleh dianggap haram. Ini merupakan gelombang kebangkitan rakyat yang terbesar di Poland sejak kejatuhan pemerintahan … Continue reading Poland: Undang-undang anti-wanita mencetus gelombang protes hebat

Hari Wanita Sedunia: Perlawanan belum selesai!

oleh Hajjar Nurhayyu Zainal Tanggal 8 Mac setiap tahun, merupakan tarikh penting dalam memperingati sejarah perjuangan kaum wanita melawan penindasan serta menuntut hak kesamarataan. Jika ditelusuri sejarah, Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan seluruh dunia hari ini sebenarnya bertitik tolak dari sebuah gerakan beraliran kiri yang diterajui kaum wanita marhaen menentang golongan pemodal (kapitalis) dan pemerintah. Sekitar … Continue reading Hari Wanita Sedunia: Perlawanan belum selesai!

Aksi Hari Wanita 2020: Negara sakit, wanita bangkit!

KUALA LUMPUR - 8 MAC 2020: Ketika negara kita sedang dilanda krisis politik yang disebabkan oleh perebutan kuasa antara golongan elit politik, ekonomi yang semakin merudum, krisis iklim yang semakin serius dan ancaman penularan wabak berjangkit COVID-19 terhadap kesihatan awam, wanita turun ke jalanan untuk mengetengahkan isu rakyat yang tidak diendahkan golongan elit politik-ekonomi yang … Continue reading Aksi Hari Wanita 2020: Negara sakit, wanita bangkit!

Hari Wanita Sedunia 2020: Hormati hak wanita, lawan untuk kesaksamaan gender

Hari Wanita Sedunia disambut pada 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia untuk meraikan pencapaian perjuangan menegakkan hak wanita dan realisasi kesamarataan gender. Sambutan Hari Wanita Sedunia mempunyai asal usul radikal yang berkaitan dengan usaha perjuangan pembebasan masyarakat yang di bawa oleh gerakan sosialis antarabangsa. Perjuangan pembebasan wanita tidak dapat dipisahkan daripada perjuangan rakyat yang … Continue reading Hari Wanita Sedunia 2020: Hormati hak wanita, lawan untuk kesaksamaan gender

Gangguan seksual dan patriarki

oleh Soh Sook Hwa Ia berlaku di perjalanan pergi-balik sekolah. Anda berjalan berseorangan dan tersempak seorang lelaki yang tidak dikenali di lorong yang agak sunyi. Dia kelihatan bersenyum di muka dan tiba-tiba tanggalkan seluarnya. Ia berlaku di dalam bas. Lelaki yang duduk bersebelahan dengan anda "mengimbas" tubuh badan anda dari kepala samapi ke hujung kaki. … Continue reading Gangguan seksual dan patriarki

Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan

KUALA LUMPUR – 9 MAC 2019: Jalanraya di pusat bandaraya Kuala Lumpur menjadi meriah dengan seruan menegakkan hak wanita pada hari ini apabila ratusan rakyat berarak bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia. Plakad dan sepanduk yang berwarna-warni dengan mesej menuntut hak wanita dan kesamarataan gender, diiringi dengan laungan seperti “patriarki pergi mati”, “wanita bangkit”, “jangan … Continue reading Seruan Hari Wanita: Hentikan keganasan, hormati perempuan