Selepas perbicaraan “Kes Kobanî” yang bermotifkan politik dan bersifat pertunjukan selama lebih 3 tahun, mahkamah Turki menjatuhkan hukuman penjara selama 9 hingga 42 tahun ke atas 24 orang ahli politik berhaluan kiri di negara itu.
Pilihan Raya Umum Turki 2023: Perjuangan untuk demokrasi belum selesai dan masih penuh cabaran
Gabungan parti berhaluan kanan yang diterajui Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang dipimpin Erdoğan menguasai majoriti dalam Parlimen, sementera Pilihan Raya Presiden Turki perlu memasuki pengundian pusingan kedua.
Turki: Rejim Erdoğan lancar penangkapan besar-besaran sebelum pilihan raya umum
Rejim Erdoğan yang takut bahawa kekuasaannya dicabar dalam pilihan raya umum telah melancarkan operasi penangkapan besar-besaran terhadap peguam, wartawan dan aktivis politik daripada parti berhaluan kiri.
Kenyataan simpati dan solidariti mengenai gempa bumi Turki-Syria
PSM bersimpati dengan semua mangsa gempa bumi Turki-Syria, dan bersolidariti dengan semua penyelamat yang berani mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang.
Hentikan perang Turki dan Iran ke atas masyarakat Kurdi
Kenyataan bersama oleh organisasi-organisasi kiri serantau mengenai serangan ketenteraan yang dilancarkan oleh kerajaan Turki dan Iran ke atas wilayah Kurdistan di Syria, Iraq dan Iran.
Turki: HDP bertekad terus perjuangkan alternatif demokratik
Walaupun menghadapi serangan bertubi-tubi daripada rejim pemerintahan Recep Tayyip Erdoğan di Turki yang semakin autoritarian, Parti Demokratik Rakyat (HDP) tetap berpendirian teguh dalam memperjuangkan agenda politik alternatif yang progresif dan dasar “penyelesaian kepada masalah-masalah asas Turki”. Keazaman HDP ini jelas ditunjukkan dalam kongresnya yang berjaya diadakan baru-baru ini.
Hentikan serangan tentera Turki ke atas Kurdistan
PSM mengecam serangan rentas sempadan terbaru oleh tentera Turki terhadap masyarakat Kurdi.
Turki: Keadaan kesihatan tahanan politik yang membimbangkan dan penjara yang meragut nyawa
Penjara Turki telah menjadi pusat kepada layanan buruk dan penyeksaan. Keadaan tahanan politik yang mengalami masalah kesihatan amat dibimbangi.
Turki: Rejim Erdoğan terus mengganas terhadap HDP dan masyarakat Kurdi
Sejak tahun 2016, lebih daripada 10,000 orang anggota HDP telah ditangkap dengan pelbagai alasan dan pertuduhan yang direkakan untuk menjustifikasi penindasan secara sistematik terhadap parti berhaluan kiri tersebut. Pada masa ini, terdapat lebih 4,000 orang anggota HDP masih berada di dalam penjara.
Turki: Demokrasi terus diancam dengan perbicaraan pertunjukan terhadap HDP
Perbicaraan pertunjukan terhadap 108 orang pemimpin HDP yang akan diadakan pada 26 April 2021 merupakan sebahagian daripada plot untuk menghancurkan gerakan pembangkang demokratik berhaluan kiri yang paling besar di negara Turki pada masa kini. Selahattin Demirtaş, bekas Pengerusi HDP, seorang sahaja bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15,000 tahun sekiranya disabit kesalahan dalam kes Kobanî!