Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat terkejut dan sedih dengan kejadian gempa bumi yang dahsyat di Turki dan Syria pada 6 Februari 2023. Kami bersimpati dengan semua mangsa gempa bumi ini, dan solidariti kami adalah dengan semua penyelamat yang berani dalam mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang.

Sekarang ini ialah masanya untuk komuniti antarabangsa mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama untuk membantu dalam usaha penyelamatan, bantuan dan pemulihan di Turki dan Syria.

Adalah amat membimbangkan apabila mengetahui bahawa tentera Turki masih mengadakan serangan ketenteraan di wilayah utara Syria walaupun terjadinya bencana ini. Operasi ketenteraan Turki yang berterusan dan menyasarkan wilayah Kurdistan pastinya sedang menghalang usaha penyelamatan dan bantuan di wilayah tersebut.

Sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah ke atas Syria juga sedang menghalang bantuan dan pertolongan daripada mencapai kawasan-kawasan yang dilanda gempa bumi di Syria.

Oleh itu, kami menyeru supaya:

  • Turki harus menghentikan pencerobohan tenteranya ke atas wilayah Kurdistan;
  • AS dan negara-negara Eropah harus membatalkan sekatan ke atas Syria demi membenarkan bantuan dan pertolongan yang amat diperlukan itu sampai kepada mangsa-mangsa gempa bumi di negara itu.

==========

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Choo Chon Kai, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Penyelaras Biro Antarabangsa PSM.

==========

Versi Bahasa Inggeris di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *