Iraq: Momentum gelombang protes berterusan

Gelombang protes di Iraq sedang berterusan, dengan pusingan terbaru protes bermula lagi pada 24 Oktober 2019 apabila ribuan rakyat, kebanyakannya anak-anak muda, turun ke jalanan di seluruh negara Iraq untuk menuntut perubahan menyeluruh kepada sistem politik di situ. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah dan university-universiti juga menyertai aksi protes. Demonstran mengadakan aksi duduk bantah di Dataran Tahrir … Continue reading Iraq: Momentum gelombang protes berterusan

Lubnan: Rakyat bangkit lawan dasar ekonomi yang menindas

Sejak 17 Oktober 2019, Lubnan dilanda gelombang protes yang terbesar dalam 14 tahun kebelakangan ini yang telah melumpuhkan negara tersebut. Protes yang bermula daripada ketidakpuasan hati terhadap pengenalan cukai yang membebankan rakyat, telah berkembang menjadi tunjuk perasaan kemarahan yang hebat terhadap gejala korupsi dan cara kerajaan yang bermasalah dalam mengendalikan ekonomi negara Lubnan. Kerajaan Lubnan … Continue reading Lubnan: Rakyat bangkit lawan dasar ekonomi yang menindas

Revolusi Rojava dalam bahaya

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengumumkan pada 9 Oktober 2019 bahawa tentera Turki memulakan operasi pencerobohan yang dirancang lama ke atas wilayah Utara Syria, dengan niat untuk mengusir Pasukan Demokratik Syria (HSD) yang bertapak di situ supaya mewujudkan “zon selamat”. Tindakan tentera Turki ini dicetuskan berikutan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada 7 … Continue reading Revolusi Rojava dalam bahaya

Iraq: Gelombang protes menentang pengangguran, korupsi dan kemerosotan perkhidmatan awam

Pada 1 Oktober 2019, gelombang protes yang baru tercetus di ibu negara Iraq, Baghdad, dan juga beberapa wilayah di negara itu, apabila ribuan rakyat turun ke jalanan untuk berdemonstrasi menentang kerajaan Adil Abdul-Mahdi yang gagal melindungi kesejahteraan rakyat. Rakyat yang berprotes marah dengan keadaan pengangguran yang serius, korupsi agensi kerajaan yang berleluasa dan kualiti perkhidmatan … Continue reading Iraq: Gelombang protes menentang pengangguran, korupsi dan kemerosotan perkhidmatan awam

AS jangan kacau Iran! Hentikan segala provokasi perang terhadap Iran!

oleh S. Arutchelvan Amerika Syarikat (AS), sebuah negara yang mempunyai rekod paling buruk di dunia dari segi mencabul dan menceroboh kedaulatan negara lain, kini sekali lagi membuat persediaan untuk menyerang Iran ekoran sebuah dron milik tentera AS ditembak jatuh oleh pihak Iran. Iran, sebuah negara yang tidak pernah pergi berperang atau menyerang negara lain, pula … Continue reading AS jangan kacau Iran! Hentikan segala provokasi perang terhadap Iran!

Revolusi Mesir 1919: Kebangkitan rakyat yang merentasi batasan agama

100 tahun dahulu, pada bulan Mac dan April 1919, bumi Mesir digegarkan oleh gelombang revolusi yang menggugat pemerintahan ketenteraan British di situ. Mogok pekerja, demonstrasi secara besar-besaran, penglibatan wanita yang menakjubkan dalam perjuangan pembebasan nasional dan perpaduan rakyat yang merentasi batasan agama, memaksa Britain mengiktiraf kemerdekaan Mesir pada tahun 1922 dan penggubalan perlembagaan baru yang … Continue reading Revolusi Mesir 1919: Kebangkitan rakyat yang merentasi batasan agama

Pejuang Revolusi Rojava tewaskan ISIS

Masyarakat Kurdi di Timur Tengah menyambut Tahun Baru tradisional mereka, Newroz (sama dengan tahun baru masyarakat Iran, Nowruz), pada 20 Mac setiap tahun. Dalam mitos masyarakat Kurdi, 20 Mac menandakan hari di mana pemberontakan yang dipimpin oleh Kawa berjaya menewaskan pemerintahan zalim Zuhak. Zuhak (atau dikenali sebagai Azhi Dhaka dalam budaya Parsi) ialah seorang raja … Continue reading Pejuang Revolusi Rojava tewaskan ISIS

Perang Iraq: Jenayah AS terhadap kemanusiaan yang tidak boleh dilupakan

16 tahun dahulu, pada 20 Mac 2003, tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iraq dan mencetuskan Perang Iraq yang dahsyat. Pencerobohan tentera AS bersama dengan sekutunya (United Kingdom, Australia dan Poland), menjatuhkan rejim Saddam Hussein (yang pernah disokong AS ketika Perang Iran-Iraq 1980-1988) dengan cara ketenteraan, dan memulakan pendudukan tentera AS di Iraq selama … Continue reading Perang Iraq: Jenayah AS terhadap kemanusiaan yang tidak boleh dilupakan