Thailand: Seruan pembaharuan sistem semakin lantang

(foto: Prachatai) 14 tahun dahulu, pada 19 September 2006, pihak Tentera Thailand melakukan kudeta menjatuhkan kerajaan pimpinan Thaksin Shinawatra yang dipilih secara demokratik, menjadikannya rampasan kuasa politik oleh pihak tentera yang pertama dalam abad ke-21 di negara yang sering berlaku kudeta tentera sejak tahun 1932. 14 tahun kemudian, setelah satu lagi rampasan kuasa tentera pada tahun … Continue reading Thailand: Seruan pembaharuan sistem semakin lantang

Thailand: Hantu Pridi Banomyong sedang berkeliaran di Lebuh Ratchadamnoen

“Satu hantu sedang berkeliaran di Thailand - hantu Pridi Banomyong. Semua kekuasaan di Siam lama akan menyatukan diri dalam satu persekutuan suci untuk mengusir hantu ini.” [Adaptasi daripada ayat pertama dalam teks Manifesto Komunis (1948). Pridi Banomyong (1900-1983), ialah tokoh negarawan Thailand dan pemimpin Parti Rakyat (Khana Ratsadon) yang memainkan peranan penting dalam Revolusi Siam … Continue reading Thailand: Hantu Pridi Banomyong sedang berkeliaran di Lebuh Ratchadamnoen

Thailand: Parti anti-tentera dibubarkan mahkamah

Walaupun Thailand tidak lagi diperintah oleh kediktatoran tentera secara rasminya, tetapi kekuasaan kediktatoran tentera masih bertapak kukuh di negara itu, dengan bukti terbarunya adalah parti politik yang paling lantang bersuara menentang kekuasaan tentera telah dibubarkan oleh mahkamah dan pemimpinnya dilarang daripada mengambil bahagian dalam politik untuk 10 tahun. Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan pada 21 Februari … Continue reading Thailand: Parti anti-tentera dibubarkan mahkamah

Dunia lebih selamat dengan Tentera Angkasa?

Ketika filem Star Wars terbaru sedang ditayangkan di pawagam di seluruh dunia, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menandatangani rang undang-undang perbelanjaan pertahanan AS tahun 2020 yang baru diluluskan oleh Kongres AS, yang termasuk kelulusan untuk pembentukan cabang tentera AS yang keenam, “Tentera Angkasa Amerika Syarikat” (United States Space Force, USSF). Sama ada USSF ini … Continue reading Dunia lebih selamat dengan Tentera Angkasa?

Revolusi Rojava dalam bahaya

Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengumumkan pada 9 Oktober 2019 bahawa tentera Turki memulakan operasi pencerobohan yang dirancang lama ke atas wilayah Utara Syria, dengan niat untuk mengusir Pasukan Demokratik Syria (HSD) yang bertapak di situ supaya mewujudkan “zon selamat”. Tindakan tentera Turki ini dicetuskan berikutan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada 7 … Continue reading Revolusi Rojava dalam bahaya

Berapa banyak lagi nyawa perlu hilang sebelum dunia buka mata terhadap penindasan di Papua Barat?

Papua Barat masih dilanda dengan protes dan tindakan keganasan daripada pihak berkuasa Indonesia beberapa hari yang lalu, dengan ramai orang mati dan cedera. Pengarah Eksekutif Amnesty International Indonesia, Usman Hamid, menyifatkan 23 September 2019 sebagai “salah satu hari yang paling berdarah dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini di Papua”. Angka kematian yang diumumkan oleh pihak … Continue reading Berapa banyak lagi nyawa perlu hilang sebelum dunia buka mata terhadap penindasan di Papua Barat?