Mangsa penipuan dihukum, penjenayah sebenar masih bebas bermaharajarela

KUALA LUMPUR: Sebuah keluarga hendak bunuh diri, seorang terkena strok dan seorang lagi mengalami trauma kerana dibawa jerayawara tukar gari oleh pihak polis… Tiga kes di mana mangsa penipuan telah dikenakan tindakan undang-undang, telah dibawa kepada perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 27 Ogos 2020. “Mangsa penipuan telah dilayan dan didakwa seperti jenayah, … Continue reading Mangsa penipuan dihukum, penjenayah sebenar masih bebas bermaharajarela

Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”

Keadaan pekerja migran tanpa dokumen yang berada di pusat tahanan imigresen di Sabah yang dilayan secara tidak berperikemanusiaan, telah didedahkan baru-baru ini dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Koalisi Buruh Migran Berdaulat dan Komisi Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia dalam satu sidang akhbar pada 5 Ogos 2020. Komnas HAM, iaitu suruhanjaya hak asasi … Continue reading Tahanan migran di Sabah “dilayan seperti binatang”

Hajat Balan yang belum dipenuhi – Apabila sistem sokongan kita gagal

oleh S. Arutchelvan  Sejurus sebelum jam 10 malam pada 27 Mei 2019, keadaan kesihatan Balan telah merosot. Keluarganya hanya sempat membawanya keluar dari rumah ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Hospital Seremban kemudiannya mengesahkan bahawa beliau mati pada jam 10 malam kerana jangkitan kuman. Tina, rakan seperjuangan daripada PSM yang paling rapat dengan Balan menyampaikan berita … Continue reading Hajat Balan yang belum dipenuhi – Apabila sistem sokongan kita gagal

Polis terlibat dalam kes penghilangan paksa – Tubuhkan IPCMC sekarang juga

  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengumumkan laporan hasil siasatan awam terhadap kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat pada 3 April 2019. Dalam laporan tersebut, panel SUHAKAM mendapati bahawa pihak polis, khususnya Cawangan Khas Bukit Aman, terlibat dalam kehilangan kedua-dua orang individu tersebut. Ini merupakan satu dakwaan yang serius terhadap Polis … Continue reading Polis terlibat dalam kes penghilangan paksa – Tubuhkan IPCMC sekarang juga