Konflik bersenjara terbaru di Sudan ialah pertempuan antara dua puak dalam kalangan golongan pemerintah yang reaksioner untuk menentukan kumpulan samseng yang mana satu akan memiliki kuasa supaya dapat terus merompak negara Sudan.
Sudan: Abdalla Hamdok letak jawatan, protes jalanan berterusan
Walaupun Abdalla Hamdok meletak jawatan sebagai Presiden Sudan selepas sebulan setengah dipulihkan jawatan, tetapi protes jalanan masih berterusan dengan tuntutan untuk transisi demokratik yang sebenar.
Sudan: Abdalla Hamdok kembali jadi PM, tapi ditolak gerakan rakyat
Abdalla Hamdok yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera baru-baru ini, kembali menjadi Perdana Menteri Sudan, selepas dia menandatangani satu perjanjian dengan pihak tentera yang merampas kuasa. Namun, persetujuan tersebut telah ditolak oleh gerakan rakyat Sudan yang memperjuangkan demokrasi.
Solidariti bersama perjuangan rakyat Sudan untuk tuntut semula demokrasi
PSM mengecam sekeras-kerasnya rampasan kuasa tentera yang terbaru di Sudan, dan bersolidariti dengan rakyat Sudan yang memperjuangkan demokrasi di negara itu.
Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)
Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)
Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial
Bulan Oktober 2019 yang lalu, merupakan bulan yang penuh dengan gelombang kebangkitan rakyat di merata tempat di dunia. Dari Catalonia ke Haiti, dari Lubnan ke Chile dan Ecuador, rakyat turun ke jalanan dalam jumlah yang besar untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan memperjuangkan masa hadapan yang lebih baik. Sama ada perjuangan untuk menentang keganasan … Continue reading Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial
Sudan: Tentera zalimi rakyat yang berprotes untuk demokrasi
Amat jelas sekali bahawa pihak tentera Sudan bukannya sekutu yang boleh dipercayai dalam memperjuangkan demokrasi di negara yang menjatuhkan seorang diktator baru-baru ini. Pada 3 Jun 2019, tentera Sudan telah menyerbu sebuah tapak protes di Khartoum, ibu negara Sudan, dan melepaskan tembakan ke atas demonstran yang tidak bersenjata sehingga membunuh sekurang-kurangnya 30 orang. Majlis Tentera … Continue reading Sudan: Tentera zalimi rakyat yang berprotes untuk demokrasi
Sudan: Mogok am dilancarkan
oleh Hadri A Rahman Pada 28 Mei 2019, penunjuk perasaan di Sudan memulakan mogok am yang berlangsung selama dua hari untuk memberi tekanan kepada pihak tentera yang menguasai Sudan sejak 11 April 2019 untuk menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam. Detik-detik permulaan mogok am ini tercetus pada 21 Mei 2019, apabila pemimpin protes menyeru penyokong mereka … Continue reading Sudan: Mogok am dilancarkan
Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah
Gelombang protes yang menggegarkan benua Afrika baru-baru ini, dengan kejatuhan dua orang diktator, menghidupkan kembali memori kita tentang Kebangkitan Dunia Arab 8 tahun dahulu, yang juga digelar “Musim Bunga Arab” (Arab Spring). Pada tahun 2011, momentum untuk perubahan nampaknya begitu susah disekat. Orang kuat yang berkuasa di Tunisia untuk 23 tahun, Zine El Abidine Ben … Continue reading Kebangkitan Dunia Arab 2.0? – Jangan percaya pada elit kelas pemerintah
Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator
Setelah gelombang protes yang hebat tercetus di negara Sudan untuk beberapa bulan kebelakangan ini, Omar al-Bashir, Presiden Sudan yang berkuasa untuk hampir 30 tahun, telah dijatuhkan pada 11 April 2019. Ini merupakan kemenangan kedua perjuangan rakyat baru-baru ini dalam tempoh 10 hari yang lepas, setelah kejatuhan rejim diktator di Algeria, hasil daripada mobilisasi massa yang … Continue reading Sudan: Kuasa rakyat jatuhkan diktator