Semenyih, Sosialisme dan PSM

oleh S. Arutchelvan  Pada 2 Mac 2019, Parti Sosialis Malaysia (PSM) hilang depositnya dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih. Walaupun keputusan ini seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan anggota dalam kepimpinan PSM yang menyedari bahawa bertanding dalam pilihanraya ini merupakan satu tugas yang amat mencabar. Walau bagaimanapun, keputusan ini barangkali mengecewakan sesetengah orang yang bersikap optimis dan … Continue reading Semenyih, Sosialisme dan PSM

Siapa patut takut pada sosialis?

Orang yang patut takut pada sosialis ialah:i. Mereka yang menggondol sumber alam, titisan peluh warga buruh dan kekayaan masyarakat untuk mengkayakan diri sendiri dan sekutunya;ii. Mereka yang menyembunyikan kekayaan mereka (yang kebanyakannya melalui penipuan dan pemerasan ke atas rakyat biasa) di tempat berlindung cukai;iii. Mereka yang hidup secara mewah atas kesengsaraan rakyat bawahan;iv. Mereka yang … Continue reading Siapa patut takut pada sosialis?

Ada apa dengan Manifesto Komunis?

Pada 21 Februari 1848, Manifesto Komunis diterbitkan di London, Britain. Manifesto Komunis ditulis secara bersama oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Buku yang kecil ini pada asalnya bertujuan untuk digunakan sebagai program politik bagi “Liga Komunis” (dalam bahasa Jerman: Bund der Kommunisten). Liga Komunis merupakan prototaip kepada organisasi revolusioner kelas proletariat. Pada tahun 1847, Marx … Continue reading Ada apa dengan Manifesto Komunis?