Revolusi 1848 (Siri Revolusi Dunia – 09)

“Satu hantu sedang berkeliaran di Eropah - hantu komunisme. Semua kuasa Eropah lama telah memasuki satu perikatan suci untuk mengusir hantu ini: Paus dan Tsar, Metternich dan Guizot, Radikal Perancis dan perisik polis Jerman,” begitu tulisnya Manifesto Komunis yang diterbitkan di London pada 21 Februari 1848. Namun, apa yang tidak dijangkakan oleh penulisnya Karl Marx dan Friedrich Engels pada masa itu, François Guizot daripada “Metternich dan Guizot” yang hendak mengusir hantu komunisme itu dijatuhkan dua hari selepas Manifesto Komunis diterbitkan kerana revolusi yang tercetus di Perancis; sementera Klemens von Metternich, jurubina susunan ultra-konservatif Eropah pasca Napoleon, digulingkan tiga minggu kemudian apabila pemberontakan rakyat tercetus di Vienna.

Teori Marxis mengenai negara

Negara bukannya sentiasa wujud, tetapi muncul pada peringkat sejarah yang tertentu dalam perkembangan masyarakat manusia. Negara hanya muncul pada waktu dan tempat di mana wujudnya percanggahan atau pertentangan antara kelas yang menindas dengan kelas yang ditindas.

Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar

“Setiap revolusi bermakna perubahan secara mendadak dalam kehidupan sejumlah besar rakyat. Selagi masa belum lagi matang untuk perubahan sebegini, tiada revolusi yang sebenar akan berlaku. Seperti mana-mana perubahan dalam kehidupan seseorang individu mengajarnya tentang pelbagai perkara dan membawa pengalaman yang kaya dan tekanan emosi yang hebat, maka revolusi mengajar seluruh rakyat pelajaran yang sangat kaya … Continue reading Revolusi: Perjuangan masyarakat untuk pembebasan sebenar

Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2020)

Kenyataan Bersama Hari Pekerja Sedunia 2020 - 1 Mei 2020 Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan ini dirangka oleh parti-parti kiri dan pertubuhan-pertubuhan buruh di Asia Tenggra, dan disokong oleh kumpulan-kumpulan dari Asia Tenggara dan di luar rantai ini.)  Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dunia terkesan dengan teruk dan … Continue reading Bina masa depan lebih baik bagi rakyat pekerja ketika zaman pelbagai krisis (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2020)

PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini

(Berikut ialah tulisan Setiausaha Agung PSM bersempena dengan Ulangtahun ke-22 Penubuhan PSM pada 30 April 2020.) oleh Sivarajan Arumugam 22 tahun telah berlalu sejak penubuhan sebuah parti yang telah mencabar norma politik di Malaysia pada masa itu. Pada 30 April 1998, wakil jawatankuasa penaja parti telah mengemukakan borang-borang penubuhan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), walaupun … Continue reading PSM 22 tahun: Perjuangan sosialis terbukti relevan kini