Pengundi Skudai berpeluang untuk cetuskan perubahan

Pilihan raya bukan sekadar menentukan siapa yang menang atau kalah. Ia menentukan jenis politik yang ingin kita bina untuk masa hadapan. Jika rakyat terus memilih berdasarkan slogan dan sentimen semata-mata, politik kita mungkin tidak banyak berubah. Tetapi jika pengundi mula menilai calon berdasarkan rekod, prinsip dan keberanian dalam mempertahankan kepentingan rakyat, demokrasi kita akan menjadi lebih matang

Penyumberan luar kepada kontraktor swasta terus memangsakan pekerja bergaji rendah di sekolah kerajaan – Laporan kajian JPKK dedahkan lagi kepincangan sistem kontrak

Laporan kajian JPKK yang terbaru mendedahkan bahawa sistem kontrak perkhidmatan terhad masa terus disalahgunakan dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan (termasuk pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan) yang berkhidmat di sekolah-sekolah kerajaan di mana pekerja-pekerja ini menghadapi pelbagai masalah seperti pelanggaran hak pekerja dan tiada keterjaminan kerja.