Sepanyol: Penyanyi rap kiri dipenjarakan di bawah bayangan Franco

(foto: Catalan News) Pada 16 Februari 2021, pihak polis Sepanyol melancarkan satu operasi menyerbu Universiti Lleida yang terletak di wilayah Catalonia, untuk menangkap Pablo Hasél, seorang penyanyi rap yang berhaluan kiri. Penangkapan Hasél mencetuskan protes besar-besaran yang membantah tindakan pihak berkuasa Sepanyol yang menyambung warisan pemerintahan diktator Franco dalam melenyapkan suara kritikan terhadap golongan berkuasa. … Continue reading Sepanyol: Penyanyi rap kiri dipenjarakan di bawah bayangan Franco

Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali

Sepanyol mengadakan pilihanraya umumnya yang kedua dalam tahun ini pada 11 November 2019, dengan keputusannya parti pemerintah berhaluan kiri-tengah, Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) pimpinan penyandang jawatan Perdana Menteri Pedro Sánchez, kekal sebagai parti terbesar dalam Parlimen tetapi jumlah kerusi sudah berkurang, sementara parti pelampau kanan Vox menunjukkan peningkatan yang hebat dari segi sokongan undi. … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Hantu Franco sedang dihidupkan kembali

Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial

Bulan Oktober 2019 yang lalu, merupakan bulan yang penuh dengan gelombang kebangkitan rakyat di merata tempat di dunia. Dari Catalonia ke Haiti, dari Lubnan ke Chile dan Ecuador, rakyat turun ke jalanan dalam jumlah yang besar untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan memperjuangkan masa hadapan yang lebih baik. Sama ada perjuangan untuk menentang keganasan … Continue reading Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial

Sepanyol: Pemimpin Catalonia dikenakan hukuman berat kerana buat referendum untuk kemerdekaan

Mahkamah Agung Sepanyol menjatuhkan hukuman berat terhadap 9 orang pemimpin gerakan kemerdekaan Catalonia yang disabit kesalahan “menghasut”, “perbuatan ingkar” dan “salah guna dana awam”. 9 orang pemimpin Catalonia yang disabit kesalahan tersebut masing-masing dihukum penjara dari 9 hingga 13 tahun. Sementara itu, 3 orang lagi pemimpin yang disabit kesalahan perbuatan ingkar dikenakan denda. Pertuduhan dan … Continue reading Sepanyol: Pemimpin Catalonia dikenakan hukuman berat kerana buat referendum untuk kemerdekaan

Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?

Pilihanraya Parlimen Eropah baru-baru ini menyaksikan penurunan sokongan kepada parti-parti tradisional utama daripada blok berhaluan kanan dan blok demokrat sosial yang berhaluan kiri tengah, sementara blok liberal yang berhaluan tengah, blok nasionalis yang berhaluan pelampau kanan, dan blok politik hijau yang memperjuangkan perlindungan alam sekitar dapat meningkatkan kerusi dalam jumlah yang signifikan. Cabaran untuk blok … Continue reading Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?

Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara

Parti Pekerja Sosialis Sepanyol (PSOE) yang dipimpin oleh penyandang jawatan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez, sebuah parti berhaluan kiri-tengah yang sudah lama wujud, telah muncul sebagai parti yang terbesar dalam Parlimen Sepanyol, berikutan pilihanraya umum yang diadakan pada 28 April 2019, dengan peroleh undi dan kerusi yang lebih banyak berbanding 3 tahun dahulu. Parti Rakyat … Continue reading Pilihanraya Sepanyol: Polarisasi kiri-kanan yang ketara