Nik Aziz Afiq kemukakan Manifesto PSM untuk PRK Semenyih

 SEMENYIH, SELANGOR – 18 FEBRUARI 2019: Nik Aziz Afiq, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, telah membentangkan Manifesto PSM untuk PRK Semenyih dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan pada hari ini. Walaupun Mahathir pernah mengatakan manifesto itu bukan kitab suci, tetapi PSM amat memandang serius tentang manifesto, kerana … Continue reading Nik Aziz Afiq kemukakan Manifesto PSM untuk PRK Semenyih

Manifesto PSM untuk PRK Semenyih

Manifesto Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk PRK Semenyih 7 isu utama kami perjuangkan 1. Perumahan Mampu milik untuk semua Gesa kerajaan kawal harga rumah agar rumah mampu dibeli bukan mampus milik. 2. Tingkatkan Klinik Kesihatan Semenyih ke status hospital 3. Kembalikan pengajian kelas tingkatan 6 di Semenyih 4. Kempen untuk batalkan bayaran penyelenggaraan (maintenance) bulanan … Continue reading Manifesto PSM untuk PRK Semenyih

Nik Aziz berikrar tolak politik perkauman

SEMENYIH, SELANGOR – 17 FEBRUARI 2019: Selain mengisytiharkan harta pada hari ini, Nik Aziz Afiq, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, turut melafazkan Ikrar Anti-Rasisme di hadapan wartawan-wartawan dan pengundi-pengundi Semenyih. Nik Aziz mengatakan bahawa diskriminasi perkauman dan politik perkauman bagai satu penyakit kronik yang menghancurkan rakyat Malaysia pada … Continue reading Nik Aziz berikrar tolak politik perkauman

(Galeri gambar) Sekitar aksi PSM pada hari penamaan calon PRK Semenyih

Koleksi gambar-gambar sekitar perhimpunan dan perarakan penyokong-penyokong PSM yang mengiringi calon PSM Nik Aziz Afiq ke pusat penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Semenyih. Penyokong-penyokong PSM berkumpul bersama calon PSM Nik Aziz Afiq sebelum bermula perarakan. (Fotografi oleh Sosialis)             Berarak dengan nyanyian lagu perjuangan yang bersemangat. (Fotografi oleh Nandakumar … Continue reading (Galeri gambar) Sekitar aksi PSM pada hari penamaan calon PRK Semenyih

“Ini bukan calon Nik Aziz, tapi calon rakyat!” – Perlawanan 4 penjuru di PRK Semenyih

  KAJANG, SELANGOR – 16 Februari 2019: Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN N24 Semenyih akan menyaksikan pertembungan 4 penjuru, dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil untuk kali pertama, walaupun ini merupakan kali ke-4 PSM meletakkan calon untuk bertanding di kawasan DUN Semenyih. Proses penamaan untuk PRK Semenyih berlangsung di Dewan Seri … Continue reading “Ini bukan calon Nik Aziz, tapi calon rakyat!” – Perlawanan 4 penjuru di PRK Semenyih

Nik Aziz Afiq calon PSM untuk PRK Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR - 13 FEBRUARI 2019: Nik Aziz Afiq dinamakan sebagai calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih yang akan datang. Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di pejabat PSM Semenyih pada hari ini. Nik Aziz Afiq yang berumur 25 tahun, ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda … Continue reading Nik Aziz Afiq calon PSM untuk PRK Semenyih

PSM akan tanding dalam PRK Semenyih demi penuhi kehausan rakyat untuk suara ketiga

Jawatankuasa Teknikal Pusat PSM yang bermesyuarat untuk kali kedua mengenai PRK Semenyih pada 3 Februari 2019 telah mengambil keputusan sebulat suara untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih. PSM Cawangan Semenyih telah membuat keputusan untuk meletakkan calon dalam satu mesyuarat pada 24 Januari 2019. Sementara itu, Jawatankuasa Pusat PSM telah bersetuju secara prinsip untuk bertanding … Continue reading PSM akan tanding dalam PRK Semenyih demi penuhi kehausan rakyat untuk suara ketiga

Patutkah PSM bertanding dalam PRK DUN Semenyih?

Kita akan menyambut pilihanraya kecil (PRK) yang ke-6 selepas PRU-14 pada 2 Mac 2019 di kawasan DUN Semenyih. Kerusi DUN Semenyih di Selangor telah dikosongkan selepas penyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kawasan tersebut, Bakhtiar Mohd Nor, meninggal dunia pada 11 Januari 2019. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa hari penamaan calon … Continue reading Patutkah PSM bertanding dalam PRK DUN Semenyih?