20190215165707__MG_1260.JPG

Nik Aziz Afiq Bin Haji Abdul, calon yang paling muda dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kawasan DUN Semenyih, lahir pada 7 Julai 1994 di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Beliau dinamakan sempena Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan selaku pemimpin yang dikagumi oleh ayahnya, Haji Abdul.

Ayah Nik Aziz Afiq sendiri merupakan mantan Setiausaha Perhubungan Parti PAS Negeri Selangor (1995). Walaupun baru berusia tidak sampai 25 tahun, Nik Aziz Afiq telah menunjukkan kematangan minda yang agak luar biasa dalam menangani isu-isu masyarakat sekaligus menyerlahkan bakat kepimpinannya dan diperakui dalam organisasi-organisasi yang disertainya.

Nik Aziz Afiq merupakan seorang aktivis rakyat sepenuh masa, di samping menjalankan perniagaan sebagai usahawan urut tradisional dengan kemahiran yang diwarisinya daripada arwah datuk saudaranya. Beliau nekad membuka pusat urutannya di Semenyih Sentral ketika berumur 24 tahun demi melindungi budaya warisan urutan tradisional daripada ditelan arus zaman moden.

Sejak dari awal penglibatannya dalam beberapa organisasi sebelum ini, Nik Aziz Afiq dikenali oleh rakan dan kenalan sebagai individu yang tegas menentang segala bentuk penindasan. Beliau lantang bersuara setiap kali perlu, sering diundang menjadi panelis forum dan moderator, tulisannya tajam dan membawa sisi pandangan segar sehingga berulangkali disiarkan di dalam portal media dan beberapa tulisannya di facebook menjadi viral dikongsi ribuan orang serta gigih menyertai atau menggerakkan kumpulan demi kumpulan yang sepakat membela masyarakat tertindas, baik di dalam atau luar negara.

Pendidikan

Nik Aziz Afiq mendapat pendidikan awalnya di Tadika Islam Al Husna, Taman Bangi Indah, Bangi, pada tahun 1999-2000.

Beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bangi dan Sekolah Rendah Agama Pekan Bangi dari tahun 2001-2006.

Kemudian beliau menyambung pendidikan menengah di SMK Jalan Reko, Kajang, pada tahun 2007 sebelum berpindah ke SMK Engku Husain, Semenyih, pada tahun 2008 hingga 2011.

Beliau sempat memasuki SMK Tasik Kesuma untuk menyambung tingkatan 6, namun hanya sekejap sahaja sebelum menerima tawaran melanjutkan diploma dalam bidang yang begitu diminatinya, iaitu Diploma Pengajian Islam, di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan. Walau bagaimanapun, pengajian diplomanya tidak berjaya dihabiskan pada semester terakhir ketika beliau menerima tekanan yang begitu kuat kerana memilih untuk menjadikan PSM sebagai wasilah perjuangannya.

Pengalaman kerjaya

Kerjaya pertama Nik Aziz Afiq merupakan pembantu guru tadika di sebuah tadika terkenal di Bandar Baru Bangi ketika tamat tingkatan 5 sementara menunggu keputusan SPM.

Ketika Nik Aziz Afiq nekad tidak meneruskan lagi pengajian di Kelantan pada 2015, beliau sekali lagi menjadi pembantu guru tadika di Saujana Putra, Jenjarom.

Kemudiannya pada tahun 2016, Nik Aziz Afiq bertugas sebagai Setiausaha Eksekutif di Ibupejabat PSM di Kuala Lumpur.

Pada tahun 2017, Nik Aziz Afiq mengambil keputusan untuk meneruskan warisan datuk saudaranya dalam bidang urutan tradisional. Beliau mengambil masa 6 bulan berkhidmat di sebuah pusat rekfleksologi di KLIA2, Sepang, untuk menimba pengalaman sebelum membuka pusat urutannya sendiri.

20190215193036__MG_1312(1)

Pada bulan Mac 2018, Nik Aziz Afiq akhirnya berjaya mencapai impiannya membuka sebuah pusat urutan tradisional di Semenyih Sentral dan menerima kunjungan begitu ramai pesakit dari kawasan Semenyih dan sekitar. Pusat ini masih operasi sehingga kini dengan ditambah perkhidmatan, seperti bekam dan beliau sedang mempelajari dengan tekun ilmu akupuntur demi meluaskan khidmat buat masyarakat.

16114249_10154889509139493_181615067235841681_n.jpg

Pengalaman Organisasi

2010-2012: Anggota Persatuan Belia Masjid Selangor Cawangan Hulu Langat

2011-2012: Menubuhkan sebuah gelanggang silat di perumahan beliau di Taman Tasik Semenyih.

2013-2015 : Menjadi aktivis NGO Royalti (R), iaitu sebuah NGO yang menuntut hak petroleum dikembalikan buat rakyat negeri Kelantan.

2014 -2015:

Bendahari Kelab Mahasiswa Dakwah di kolej beliau.

Salah seorang pengasas Gabungan Cakna Mahasiswa, sebuah gerakan mahasiswa di Kelantan.

Wakil kumpulan debat yang mewakili kolej ke pertandingan antara IPT.

Menganjurkan misi kemanusiaan Ziarah Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan bagi sampaikan simpati terhadap 7 orang murid Orang Asli yang hilang ketika melarikan diri dari sekolah (sebahagian mereka meninggal dunia dan ada yang tidak ditemui lagi).

Menggerakan kesedaran masyarakat dalam membantu ibu-ibu tunggal yang berdepan pelbagai kesusahan ketika belajar di Kelantan.

Aktivis bantuan misi banjir besar “Bah Kuning” 2015 dan sekali lagi terlibat dengan bantuan banjir di Kelantan 2017 dengan projek agihan bubur ayam.

14570401_10154543369569493_6306334971668375561_n.jpg

2016-2018:

Anggota pasukan penyelidikan kajian kemiskinan luar bandar meliputi nelayan, petani, penoreh getah di negeri Kedah, Terengganu.

Mengasaskan kempen “Selamatkan Zulkifli“, sebuah gerakan viral di laman sosial untuk membantu kebajikan keluarga Zulkifli yang ditahan kerana membunuh perompak di Terengganu.

Menganjurkan dan nenyertai beberapa protes aman di hadapan Kedutaan Papua New Guinea (isu pembunuhan mahasiswa), Kedutaan Amerika (isu Palestin), Kedutaan Bangladesh (isu pembantaian pelajar).

Menubuhkan Kelas bimbingan belajar di pangsapuri kos rendah Bangi Jaya, Semenyih.

20190215162234__MG_1175

Jawatan dalam parti

2015: AJK Pusat Pemuda PSM, Biro Ideologi

2016: Pemangku Setiausaha Pemuda PSM.

2017/2019: AJK Pusat Pemuda PSM, Biro Alam Sekitar (2017), Biro Jaringan Nasional (2018-kini)

Pernah ditahan polis ketika berjuang mempertahankan kandang penternak lembu di Klang dari dirobohkan tanpa penyelesaian munasabah.

Membantu mengendalikan aduan dan menjadi Pembantu Khas kepada S. Arutchelvan dalam banyak kerja membantu rakyat marhaen dan membantu dalam mengendalikan pelbagai kes di Pusat Khidmat PSM Semenyih.

20190215160629__MG_1148

One thought on “Kenali Nik Aziz Afiq – calon PSM untuk PRK Semenyih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *