Manifesto Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk PRK Semenyih
7 isu utama kami perjuangkan
1. Perumahan Mampu milik untuk semua
- Gesa kerajaan kawal harga rumah agar rumah mampu dibeli bukan mampus milik.
2. Tingkatkan Klinik Kesihatan Semenyih ke status hospital
3. Kembalikan pengajian kelas tingkatan 6 di Semenyih
4. Kempen untuk batalkan bayaran penyelenggaraan (maintenance) bulanan pangsapuri kos rendah dan digantikan dengan cukai pintu setahun sekali
5. Melindungi Bukit Broga sebagai kawasan alam sekitar dan kawasan rekreasi dan mengawal pembangunan di sana
6. Pilihanraya Majlis, Kampung & Taman untuk Tangani Salahguna Kuasa & Rasuah. Setiap kawasan perumahan harus mempunyai kuota 30% pemilikan lesen perniagaan untuk orang tempatan.
7. Tambah Pengangkutan Awam –Tolak Tol
- Memulihkan perkhidmatan bas dari Semenyih ke Seremban, Beranang ke Putrajaya, dan Bukit Mahkota/Sri Putra ke Kajang.
- Mendesak penyediaan bas perantara MRT supaya dapat dinikmati oleh penduduk Semenyih dan Beranang.
- Gesa pemansuhan satu tol (Silk highway/ Lekas Kajang Batu 3/ Plus Putra Mahkota).
Undi Nik Aziz, calon PSM untuk PRK Semenyih!
Somonyih Tompek Kito
Bina Kuasa Rakyat
Published by Sosialis PSM
Lidah rasmi Parti Sosialis Malaysia (PSM). Sumber informasi perjuangan rakyat dan perspektif progresif.
View all posts by Sosialis PSM
4 thoughts on “Manifesto PSM untuk PRK Semenyih”